Tuesday, March 8, 2011

CARA MENGATASI MURID YANG AKTIF DI RUMAH









1. Bermula dengan mendapatkan perhatian anak-anak anda sebelum mula bercakap. Kemudian pastikan anak anda bertentang mata dengan anda ketika bercakap. Beri arahan yang jelas dan tepat.

2. Buatkan satu jadual baginya. Pastikan anak anda mengikuti jadual yang menjadi tanggungjawabnya.

3. Suruh anak anda mengulangi bahagian yang anda pilih untuk diingatiBerikan ganjaran kepada tingkah laku yang baik dan bersesuaian.

4. Benarkan anak anda berehat untuk menyegarkan dirinya (semasa membuat kerja sekolah, belajar atau membuat tugasan). Dia akan bekerja lebih baik selepas berehat selama 5 minit atau 10 minit.Beri peluang kepadanya untuk menghabiskan tenaganya yang berlebihan dengan cara berlari di padang atau bermain permainan yang memerlukan gerak fizikal.

5. Jangan galakkan permainan yang kasar dan tidak terkawal dengan orang dewasa.

6. Bagi kanak-kanak yang bersekolah, selalukan berkomunikasi dengan guru. Jika perlu, pertimbangkan untuk mendapatkan pertolongan dalam pelajaran kanak-kanak ini dari guru bimbingan yang sesuai.

7. Latih anak ini untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.

8. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda. Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak aktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.

9. Jangan sesekali melabel anak aktif ( atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya. Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak aktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. Malahan lebih memahami berbanding kanak-kanak biasa yang lain dalam sesuatu perkara yang diminatinya.

10. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.

11. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.

12. Dalam mengajar anak ini, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.

13. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik, dan jangan mengunkit-ungkit kesahan-kesalahan yang pernah dilakukan.

14. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain. Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya.

15. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak ini kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali', komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme.

16. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.

17. Kita sebagi ibu bapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengentahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apaka perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak aktif.

18. Untuk anak-anak ini, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.

19. Mereka memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.

ADA BEBERAPA TEKNIK YANG BOLEH DIGUNA PAKAI OLEH GURU-GURU UNTUK DIPRAKTIKKAN DI SEKOLAH :

  • Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
  • Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul.
  • Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
  • Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
  • Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
  • Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

Guru mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada ibu bap semasa di rumah, bagi membolehkan anak hiperaktif ini diawasi agar pembelajaran dan kerja rumah mereka disiapkan.

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”


JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

_______________________________________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...