RENUNGANKANLAH
BERSAMA WAHAI TEMAN....
Satu daripada kelemahan
manusia ialah
berasa diri nya sentiasa benar dan susah untuk mengaku kesalahahan diri
sendiri. Ini sifat keji dan dibenci orang.
Jika anda suka mencari
kesalahan orang lain
pasti akhirnya anda akan bergaduh dan bermusuh dengan orang lain.
Sebagai manusia biasa anda tidak boleh lari daripada membuat
salah dan silap. Oleh sebab itu, kita disuruh oleh agama meneliti kelemahan
diri sendiri agar nanti boleh dibaiki.
Berterimakasihlah kepada ibu
bapa, guru-guru dan kawan-kawan
yang suka menegur, menasihati atau tunjuk ajar anda.
Jangan sekali-kali marah atau rasa tersinggung apabila
ditegur atau dinasihati. Orang yang sanggup menasihati ialah orang yang
menyayangi anda dan mengambil berat tentang anda.
Sahabat yang setia ialah sahabat yang sanggup menegur kesalahan
dan keburukan anda dan tidak mahuanda mendapat kesusahan.
Anda akan hidup bahagia jika berusahamenyelidiki kelemahan diri
sendiri dan tidak menyelidiki kelemahan orang lain
Setelah mengetahui kelemahan
diri,
berusaha dan berazamlah untuk mengatsinya dengan bersungguh-sungguh
Anda akan dicintai dan
dihormati oleh orang lain
jika anda dapat menerima teguran, nasihat serta tunjuk ajar dengan cara yang
baik dan lapang dada serta ikhlas, kemudian berazam untuk mengatasinya.
1 comment:
Assalamualaikum...
tahniah keana miliki blog ilmu begini.(walaupun mungkin dah lama blog ni dihasilkan). terima kasih kerana sudi berkongsu maklumat. minta halal ilmu yang saya ambil dr halaman anda ini. mg anda diberkati dan dipermudahkan segala urusan oleh allah taala.
Post a Comment