Friday, August 27, 2010
TENTANG OGOS INI
Tentang Ogos ini…..
Bila kubangun tidur………….rasanya, aku masih disini meneruskan satu kehidupan penuh makna dewasa ini. Bulan Ogos adalah untuk bulanku.Kenapa yea aku berkata sedemikian:
• Hari ulangtahun perkahwinan yang pertama 1.8
• Hari lahirku yang ke-31
• Genaplah 7 bulan kandunganku
• Bulan ini adalah bulan Ramadan…………bulan yang baik
• Bulan kemerdekaan ke-53
Cuma, aku masih berjauhan dengan suami tercinta….itu yang kadangkala membuatku rasa sedih. Tapi apakan daya, aku terpaksa berjauhan demi kerjayaku sebagai pendidik. Apapun baby ku dalam kandungan ini telah memberi semangat ini untukku meneruskan perjuangan ini. Hidup ini terasa begitu indah, ketika kita bersyukur setiap hari. Ada cinta dalam perut???....membuatku tersenyum, cinta dan sayang itu membuatku bahagia. Semoga senyuman ini memberiku semangat membara. Tentang cinta yang pastinya tiada siapa yang tahu….hanya hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)