Tuesday, March 19, 2013

Wallpaper Pilihan Saya




















PROGRAM HENTIKAN BULI. "Jangan Takut, Jangan Gentar"

 Salam kembali....
Kali ini sekolah cikgu sibuk dengan Program HENTIKAN BULI. "Jangan Takut, Jangan Gentar". Ia bermula pada 18.3.2013 hingga 20.3.2013.(Hari Isnin hingga hari Rabu). Semalam perasmian program HENTIKAN BULI. Dan cikgu mengambil dua orang murid untuk memakai button badges hentikan buli.nanti cikgu upload gambar perasmian dan  button badges tersebut. Apa yang cikgu nak kongsi hari ini ialah video  mengenai buli.SELAMAT MENONTON YEA!

video

video
video





Thursday, March 14, 2013

KOMUNIKASI



KOMUNIKASI

DEFINISI
".. satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang
individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain"

JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Terbahagi 2, iaitu;
1. Verbal (lisan)
2. Non Verbal (bukan lisan)

KATEGORI KOMUNIKASI
1. Interpersonal
   proses komunikasi antara individu (lebih dari              
   seorang individu)
  
2. Intrapersonal
   kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan),                
   meditasi (bercakap dengan diri sendiri)

3. Massa
   sebaran am

KANDUNGAN KOMUNIKASI
Proses komunikasi mempunyai;
1. Penyampai
2. Mesej
3. Saluran
4. Penerima
5. Maklumbalas

ARAH KOMUNIKASI
1. Komunikasi Sehala
   maklumat tidak memerlukan reaksi dari penerima                
   (arahan)
   contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah

2. Komunikasi Dua Hala
   maklumat penyampai memerlukan reaksi dari penerima             
   (arahan)
   contoh : majlis dialog, pidato dan debat

3. Komunikasi Menegak
   dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas
   contoh : komunikasi dalam keluarga, anak buah            
   dengan boss

4. Komunikasi Mendatar
   sesama rakan sejawat

5. Grapevine
   tidak formal, rahsia/khabar angin
   contoh : gossip
 
ASAS KOMUNIKASI
1. Kepercayaan
2. Ketulenan vs Kepura-puraan
3. Kesediaan/Keterbukaan
4. Listening vs Hearing

KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN
1. maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tepat
2. menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terang           
   maksudnya
3. menggunakan alat bantu sekiranya perlu
4. memastikan maklumat disampaikan sesuai pada keadaan             
   dan waktu
5. memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi            
   dan menerima maklumat

HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
1. maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
2. perkataan yang mempunyai banyak makna
3. kurang minat
4. prasangka
5. sekatan emosi
6. penyampaian kurang menarik
7. memikirkan sesuatu yang lain
8. persekitaran yang tidak sesuai
9. tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan
10. wujudnya pelbagai gangguan




TIPS-TIPS KEIBUBAPAAN



TIPS KEIBUBAPAAN


a)        Teknik-teknik Praktikal Keibubapaan


Peringkat bayi:



1.      Tunjukkan bahawa anda sayang kepadanya.



2.      Sentiasa bertenang.



3.      Menghayati detik-detik bersamanya selalu.



4.      Mengambil gambarnya apabila anda tertarik dengan gerak-geri atau senyumannya di mana-mana anda berada.



5.      Memberi anak anda susu ibu.



6.      Bawa bersiar-siar di taman untuk mengeratkan hubungan



7.      Selalu membaca untuknya.







      Peringkat Kanak-kanak


1.      Tunjukkan kasih sayang anda kepadanya.



2.      Selalu membaca bersamanya.



3.      Belikan permainan yang tidak  spesifik   ‘ gender’ 



4.      Amalkan disiplin secara konsisten.



5.      Didik anak-anak tentang peraturan betul dan salah dalam hidupnya.





Peringkat Remaja:



1.     Teruskan bergambar bersama anak anda.



2.     Bertenang dan elakkan kata-kata yang boleh menyakitkan hatinya.



3.     Menyertai kumpulan sokongan dan kebajikan.



4.     Luangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak-anak anda..



5.     Teruskan dengan mengajar anak-anak anda tentang apa yang betul dan salah dalam kehidupan.



6.     Mendengar dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa yang dikatakan oleh anak remaja anda. Ini akan membantu anda menunjukkan kasih sayang anda terhadap mereka.



 SUMBER :  HEE SIEW LING  ,Program : M.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...