Monday, May 21, 2012

software untuk buat kad

Hari ini, nak buat kad untuk birthday...........rasa-rasa dh jemu beli kad kedai...apa kata, guna otak kreativitiku untuk cipta sesuatu yang lebih menarik dan mengancam ....hah! dah jumpa, bila geledah semua software untuk kad, akhirnya sy jumpa jua...Ini lah software untuk buat kad ............untuk kongsi bersama pembaca blog...

1.Greeting Card Factory Photo Card Maker















2. Sierra Print Artist Gold v21 & Portable Print Artist v15.0
Print Artist Gold 21! With this #1 soft it's neverbeen easier to create greeting cards, flyers, banners, calendars, signs,craft projects and much more. It's the perfect tool for anyone whowants to create unique, top-quality graphics without the trouble orexpense of high-end publishing software. With Print Artist you can justselect your project type, choose a design, customize text and graphics,and print! Only Print Artist Gold gives you the creative edge with10,000+ professionally designed templates and 150,000+ sensationalgraphics all inside the box. No downloading or club memberships arerequired to create sensational print projects for home, school or the office.
Download Link :
Hotfile.com: One click file hosting: Sierra Print Artist Gold v21.7z

Hotfile.com: One click file hosting: Portable Print Artist v15.0.7z 

3. Microsoft Publisher
Ini software paling sempoi untuk buat kad .

4. SmartsysSoft Greeting Card Designer.
http://www.rocketdownload.com/program/smartsyssoft-greeting-card-designer-330614.html

5. Belltech Greeting Card 
adalah software pembuat kad ucapan peribadi dengan cepat dan segera.

6. Greeting Card Builder 
 http://www.mediafire.com/download.php?7qsto5m4542cs5d














Rasanya inilah software yang boleh membantu membuat kad ucapan untuk orang-orang tersayang....jika nak menarik lagi gunlah software profesional. Software yang saya nyatakan adalah yang biasa-biasa sahaja, namun ia dapat membantu kita semua dalam menghasilkan kad mengikut citarasa kreativiti kita.
Sehingga jumpa lagi...selamat malam.

Bulan Rejab datang lagi.....

Bila melihat kalendar...........banyak peristiwa yang melingkari hidupku sepanjang bulan ini....ternyata bulan Mei ini begitu istimewa sekali....di sini, saya nak list kan apa peristiwa yang berlaku sepanjang bulan ini...Jom kita semak sama-sama:
  • Hari pekerja-saya juga pekerja kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Hari Ibu sedunia-saya pun sudah bergelar ibu kepada Si Fia yang cute tue.
  • Hari  Guru-saya seorang guru kaunseling
  • Dan yang lebih penting..........pada bulan Mei ini, adalah bulan islam iaitu pada 22 Mei 2012, jatuhnya bulan Rejab (1 Rejab). Saya ingin ceritakan tentang Istimewanya Bulan Rejab ini...bulan yang paling saya suka sangat...sebab cuti sekolah(hehehe....gurau jea). Apa yang penting pada bulan rejab ini, saya ingin berkongsi tentang bulan Rejab

    KEISTIMEWAAN BULAN REJAB
    Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.

    Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.
    Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

    Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

    Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

    Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

    Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

    Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

    Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

    Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

    Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

    Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

    Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

    Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

    Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

    Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

    Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

    Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

    Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

    Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

    Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

    Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

    Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

    Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

    Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

    Kelebihan lain bulan Rejab:

    Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

    Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

    Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

    Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

    Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

    Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

    Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

    Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

    Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

    Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
    Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
    Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
    Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

    Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab: Israk dan Mikraj (27 Rejab)
    Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
    Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.
    Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

    "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

    (Surah Al Israa': 1)

    DOA BULAN REJAB:

    "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


    Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:
    Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

    Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

    Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

    Sabda nabi:

    "sampaikan dariku walaupun satu ayat"

    sumber : http://halimislam.multiply.com/reviews/item/6

     

Sunday, May 20, 2012

Beginilah nasibku...

Biasanya aku akan menulis artikel, tapi hari ini aku ingin meluahkan rasa hati yang tersirat dalam hatiku...mungkin beginilah nasibku.........perjalanan hidupku begitu jauh jika dibandingkan dengan orang lain. Jika aku hendak dapatkan sesuatu,begitu susah sehingga sampai satu saat aku berhenti berharap...Aku hanyalah insan biasa, walaupun aku seorang guru kaunseling....apakah aku patut kuat dan lebih tabah berbanding dengan orang lain.
Sehingga bila aku terdengar lagu berhenti berharap, hatiku macam hancur berkecai...
"Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
Ha… ha…

Lagu ini sedikit sebanyak mempengaruhi aku hingga aku menjadi give up..tapi. itu bukanlah diriku sebenar...aku adalah LEO yang unik..punya cita-cita yang tinggi. Sejak dari kecil lagi, aku ingin menjadi orang berjaya. Teringat satu ketika dulu, semasa aku menolong ayahku di kedai makan. Ketika itu, aku jadi jurukira kat kedai makan ayahku dan ada seorang abang menegurku....adik xpayah belajar tinggi2...pandai kira dan cekap gitu...wat bisnes jadi  bisnesman....hahaha...Aku menjawab dan berkata, abg doakan sy jadi doktorlah...saya nak jadi doktor. Tue sebenarnya cita-citaku yang pertama...tapi, aku xdapat tumpukan pada pelajaran, kehidupanku banyak dihabiskan di kedai makan ayahku. Aku xpernah menyalahkan ayahku, aku rela hati menolong orang tuaku...teringat aku dengan pesan tok guru..berkatnya seorang anak menolong orang tuanya...Mungkin inilah doa orang tuaku, walaupun aku tidak menjadi seorang doktor tetapi aku telah dilahirkan untuk menjadi seorang guru kaunseling.Aku bukanlah pelajar yang pintar tetapi aku adalah pelajar suka fokus di dalam kelas dan belajar sambil bekerja untuk membantu orang tuaku.
Apa yang ingin kukatakan disini, aku bukanlah mudah untuk mendapatkan sesuatu sehingga sampai satu saat aku berjuang walaupun dlam keadaan yang sakit. Ya, aku demam panas tika ambil SPM, aku pernah jatuh result tika leka di Universiti, dan aku terus bangkit untuk habiskan pelajaranku. Akhirnya, aku berjaya. Bila di alam pekerjaan..........aku mencari keja merantau dan bekerja pernah melalui aktiviti lasak menjadi Jurulatih PLKN, menjadi guru sandaran, menjadi kerani di syarikat pembinaan dan akhirnya menjadi Guru Kaunseling.....Aku bukan terus menjadi seorang guru.......aku melalui pelbagai halangan demi memegang title seorang guru.
Bila aku sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak aku tidak dapat bersama mereka........kerana aku bekerja jauh dari mereka. Apakan dayaku, aku sudah berusaha memohon pertukaran guru, tidak ada insan yang memahami gelodak seorang ibu, Hari Ibu  ....xbermakna dalam hidupku....aku terus berjuang untuk memohon pertukaran. Aku seorang profesional dan tidak pernah mengabaikan kerja , walaupun diriku berada dalam keadaan sedih dan berperang dengan perasaan untuk bersama dengan permataku , fia dan suamiku....mereka membuatku kuat semangat untuk terus berjuang mendapatkan apa yang aku inginkan.hari ini, suamiku memberi video inspirasi padaku supaya aku kuat dan menjadi insan yang amat dia sayangi...Video tentang hari guru dan dia telah menyokongku.....orang yang bekerja bahagian pertukaran pun kerana adanya seorang guru mereka menjadi pegawai.............jadi mereka perlu memahami keadaan dan dilema seorang guru sepertiku.  Aku percaya, akan ada sinar buatku untuk memohon bertukar dan dapat bersama insan tersayang. hatiku berbunga riang....bila mendengar tawa ria si Fia comel dan kasih sayang suamiku....I love u so much, fia  dan abg...


Friday, May 11, 2012

LISTEN...

Hello2X......Hai2X....Hello Hai...apa awak perlu jawab?ha.....dah x sama jawapannya. Itu yang selalu saya buat kepada murid saya....SAYA LAH PEMENANGNYA...hehehe.. Itu tandanya anda Tidak Mendengar dengan Baik dan FOKUS. Dalam hidup ini, kita lebih suka bercakap daripada mendengar apa yang ingin orang sampaikan pada kita, hingga satu hari nanti orang yang ingin menyatakan pada kita akan berasa terkilan dan beralih arah....Itu sudah lumrah kehidupan...video ini mungkin menyedarkan kita, sedikit sebanyak....adakah kita mendengar keluhan orang di sekeliling kita. Mereka perlukan KITA untuk mendengar isi hati mereka, luahan mereka....walaupun kita tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung olehnya.
Listening opens your eyes.
Listening opens your heart.
Listening makes it possible.
Listening. It changes everything.
Your future's in good hands, because we're listening.....
kerana kami Guru Kaunseling dan sedia Membantu Anda semua.
Dengarlah dari hati dan empati...akan ada penyelesaiannya kelak.

video


Quotes on LISTENING

 
The ear of the leader must ring with the voices of the people."
— Woodrow Wilson

"Many a man would rather you heard his story than granted his request."
— Phillip Stanhope
Earl of Chesterfield

"You have to be willing sometimes to listen to some remarkable bad opinions. Because if you say to someone, 'That's the silliest thing I've ever heard; get on out of here!'—then you'll never get anything out of that person again, and you might as well have a puppet on a string or a robot."
— John Bryan

"Effective questioning brings insight, which fuels curiosity, which cultivates wisdom."
— Chip Bell

"Silence is a source of great strength."
— Lao Tzu

"We should never pretend to know what we don't know, we should not feel ashamed to ask and learn from people below, and we should listen carefully to the views of the cadres at the lowest levels. Be a pupil before you become a teacher; learn from the cadres at the lower levels before you issue orders."
— Mao Tse-tung

When people talk, listen completely. Most people never listen."
— Ernest Hemingway

"You learn when you listen. You earn when you listen—not just money, but respect."
— Harvey Mackay





VIDEO HASILKU...

video

 VIDEO ANTI-PONTENG
Sekadar berkongsi buat rakan-rakan.....ada 15 video yg saya hasilkan sepanjang menjadi guru kaunseling, ini salah satu video yang dihasilkan. Ini masuk tahun 3, jadi guru kaunseling.............cepat betul masa berlalu, sampai tak sedar, baby saya pun dah  masuk 1 Tahun 6 bulan  ...dia boleh gelak tengok video yang mama dia buat untuk student-studentnya.Mungkin saya perlu perbaiki lagi bagi menghasilkan yang lebih baik untuk tatapan student saya....Sudilah bagi komen yang membina demi hasil karya saya............see u again. SELAMAT HARI IBU DAN SELAMAT HARI GURU BUAT RAKAN SEPERJUANGAN DAN INSAN YANG BERNAMA GURU...tanpa mereka, saya tak jadi seorang pendidik hingga sekarang, jasamu sungguh besar.

Wednesday, May 9, 2012

Behavioral Characteristics







 
The primary characteristics of each group:
  • High energy
  • Enjoyable to be around
  • Creative imagination
  • Initiates relationships
  • Motivating
  • Competitive spirit
  • Goal oriented
  • Dedicated and committed
  • Loyal team member
  • Good listener
  • Patient
  • Good at reconciling factions
  • Cause-oriented
  • Dependable
  • Task accomplisher
  • Bottom-line results
  • Self-motivated
  • Forward looking
  • Fast decision-maker
  • Initiates activities
  • Disciplined
  • Likes to control others
  • Objective
  • Conscientious
  • Defines, clarifies
  • Concerned with accuracy
  • Gathers needed data/information
  • Tests data
  • Maintains standards



Within each group there are also other characteristics that need to be identified. Firstly each primary group can be further broken down so that they have characteristics of the other groups as follows:
PROMOTER
SUPPORTER
promoter
supporter
promoter
supporter
controller
analyzer
controller
analyzer
CONTROLLER
ANALYZER
promoter
supporter
promoter
supporter
controller
analyzer
controller
analyzer
Finally we must be aware of extremes (e.g. controller/controller) and persons with these "double whammies" should recognize their tendencies to extremes and counteract:
EXTREMES
PROMOTER/PROMOTER
SUPPORTER/SUPPORTER
Aimless
Self-denying
Agitated
Self-deprecated
Lack of conviction
Obligated
Melodramatic
Over protective
Deluding
Easily Influenced
Inconsistent
Over committed
Manipulative
Passive
CONTROLLER/CONTROLLER
ANALYZER/ANALYZER
Domineering
Uncreative
Distorts
Data bound
Coercive
Elaborate
Gambling
Plodding
Impatient
Nit-picking
Contentious
Critical
High pressure
Stingy

Behavioral Characteristics

Persons With
Controlling Style
Analyzing Style
Promoting Style
Supporting Style
Need to learn:
humility, feelings, to listen to others, to follow.
initiation, to act, to enjoy, to appear wrong.
discipline, to think it through, to pause.
determination, to reach for goals, to act without agreement.
Measure progress by:
results.
Goal oriented: many run over people to get there.
activity.
Keep busy and the results will fall into place.
applause.
active, dominant feedback from audience.
attention.
Likes to have others acknowledge them.
Must be allowed to:
know the score.
Get into competitive situations & win (or appear to).
be let off the hook, not cornered or pressured.
get ahead quickly with a fast moving challenge.
relax & feel good about the people around them.
Need leadership which:
allows them freedom to do things their way.
structures a framework or track to follow.
inspires them to bigger and better accomplishments.
details specific plans and activities.
Want to save:
time.
They come across as busy and efficient.
face.
They hate to look bad or get caught without data.
effort.
They like to take the easy way.
relationships.
Friendship means a lot to them.
Take endorsements from:
getting the job done well and on time.
knowledge.
They relate to others around information.
social skills.
They like to be good at winning people over.
friends.
If they still like me, I must be doing it right.
Become most effective with:
positions of authority and responsibility.
avenues to apply logical analysis.
some direction with which to reach goal.
structure and methods to reach goal.
Rely on the power of:
competence.
Knows they're strong enough to wing it.
expertise.
When in doubt, bring in more data.
charm.
Expects their winning ways will carry them through.
acceptance.
The ability to please others will save the day
On the job, excels at:
organization, development, planning, coordination.
research and development analysis, statistics, data gathering.
promotion, ideas drama, selling, graphic art.
service, social or relationship tasks, personnel teaching.
Express emotion
High Negative Low Positive
Low Negative Low Positive
High Positive High Negative
High Positive Low Negative
Typically position themselves emotion
Low physical contact/Forward and directing high eye contact
Restricted Low eye contact
High animation Dramatic Unrestricted
High Physical contact Relaxed Gentle

 Inilah cara untuk kita mengenai orang di sekeliling kita dan cara hendak bekerja dan berkomunikasi dengan mereka terutama dengan rakan sekerja, pentadbir sekolah, keluarga dan kawan-kawan. Teringat saya ketika pergi kursus The Art of Communication oleh Jeffery Goh.
Katanya ialah:
  • STYLES dipengaruhi oleh RESULT
  • THINK OF A PERSON IN YOUR SCHOOL
  • READ THE NAME IN YOUR MIND
  • YOU ARE TO IDENTIFY  THE PERSON MALE OR PEMALE.
  • AND THEN.....JAWABLAH SOALAN ITU DENGAN JUJUR....HEHEHE....SIAPA YG TERKENA DI SEKOLAH SAYA....heheheh..
  • nanti soalan tue saya kepilkan yea.........belum scan lagi...sambungan episod akan datang... so, kita boleh buat kuiz tue dengan orang yang terdekat dengan kita...ok.
  • WAIT N SEE...:)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...