Seorang anak mendapatkan
ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan
sekeping kertas yang bertulis sesuatu.
Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.
Kos
upah membantu ibu:
Tolong
pergi kedai $ 4.00
Tolong
jaga adik $ 4.00
Tolong
buang sampah $ 1.00
Tolong
kemas bilik $ 2.00
Tolong
siram bunga $ 3.00
Tolong
sapu sampah $ 3.00
Jumlah
: $17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu
mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
Kos
mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA
Kos
berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA
Kos
air mata yang menitis keranamu – PERCUMA
Kos
kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA
Kos
menyediakan makan minum, pakaian,
dan keperluanmu – PERCUMA
dan keperluanmu – PERCUMA
Jumlah
Keseluruhan Nilai Kasihku –
PERCUMA
Air mata
si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak
menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya. Diriwayatkan
seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah,
siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?
“Rasulullah
menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali, kemudiaN ayahmu, kemudian
saudara-saudara terdekatmu."
Sempena Hari IBu Sedunia, marilah kita sama-sama merayakan dan menghargai mereka yang sentiasa Ada untuk Kita. I love u, mak…..yg amat menyayangi mak, kasih sayang mak sentiasa ada dihati yang hingga akhir hayat ini.
Sempena Hari IBu Sedunia, marilah kita sama-sama merayakan dan menghargai mereka yang sentiasa Ada untuk Kita. I love u, mak…..yg amat menyayangi mak, kasih sayang mak sentiasa ada dihati yang hingga akhir hayat ini.
No comments:
Post a Comment