Tuesday, January 31, 2012

30 SEBAB MENGAPA GAGAL PEPERIKSAAN

  1. Tidak memahami dan menguasai soalan
  2. Tiada kemahiran berfikir
  3. Terkeliru oleh fakta dan soalan
  4. Tidak berhati-hati dan gopoh
  5. Tulisan terlalu teruk
  6. Bergantung pada soalan ramalan semata-mata
  7. Mudah putus asa
  8. Tiada stamina, kurang latihan
  9. Kurang ibadah
  10. Mendapat tunjuk ajar guru tusyen yang tidak mahir
  11. Tiada kemahiran komunikasi
  12. Kesihatan sering terganggu
  13. Tiada cita-cita dan matlamat
  14. Tiada sokongan dari ibu bapa
  15. Kurang riadah
  16. Tidak menguasai konsep , fakta dan perkaitannya
  17. tertinggal isi, fakta dan langkah kerja
  18. Tiada pengurusan dan perancangan masa
  19. Tiada motivasi untuk berjaya
  20. Terlalu yakin sedangkan usaha kurang
  21. Sikap negatif , bersahaja dan sambil lewa
  22. Terlalu memilih soalan dan tajuk
  23. Rakan yang negatif
  24. Keruntuhan akhlak: kekotoran hati
  25. Malas-malu -sombong
  26. Tiada tempat belajar yang sesuai
  27. sensitif
  28. Tiada contoh-teladan (Role model)
  29. Derhaka kepada Guru
  30. selalu kemurungan 



CERITA SEDIH & INSPIRASI

Video tentang motivasi dan kisah yang amat sedih tentang semangat seorang gadis dan pengorbanan seorang ayah.....Ia membuat saya terfikir, kadang-kadang hidup ini perlu melalui semua ini bagi memberi kesedaran pada diri kita .Kehidupan bukanlah sesuatu yang mudah untuk melaluinya.....walaupun pahit, perit,susah ....lambat laun kita mesti kena hadapinya dengan tabah dan lebih matang.Ia tentang inspirasi  dan sebagai seorang pendidik kita boleh menceritakan kepada anak didik kita....tentang kisah ini, kisah sedih yang memberi maksud yang mendalam dan pengajaran yang amat bermakna.....hayatilah dengan hati ,dengar dengan memahami dan lihatlah dengan ikhlas dan empati.
Video tentang semangat seorang gadis yang tidak pernah kenal erti putus asa.


 

kisah pengorbanan seorang ayah kepada anaknya.


Bersama-sama kita hayati video ini dengan penuh kesedaran.



Sunday, January 29, 2012

lucu & kelakar yea???


LUCU DAN MENARIK PERHATIAN
BERTEMU KEMBALI…..KAWAN-KAWAN.TOPIK KALI INI SAYA INGIN BERKONGSI TENTANG  gambar yang melucukan berlaku dalam kehidupan kita…mari kita lihat yang telah saya cari dalam internet…SEKADAR BERKONGSI APA SALAHNYA SUPAYA KITA TIDAK MENGANTUK..Semoga terhibur,....




    










DIAM....syyy


SALAM KASIH SAYANG.....


Bertemu kembali kita di topik kali ni…tentunya menarik dan membuat kita berfikir sejenak dan memahami dari hati dan empati. Setiap kata-kata yang dikeluarkan perlu difikirkan supaya kata-kata tersebut tidak menjadi duri dan bisa yang menjerat diri. Diam itu lebih baik daripada berkata-kata yang belum pasti kebenarannya.
mari kita kurangkan bicara..bekata-kata jika perlu...kadang-kadang(sebenarnye most of the time),kita sgt cenderung kpd khabar2 angin atau sgt suke berbincang perkara2 'hangat'..hmm...gossip...bleh jd macam2 isu..isu negara,isu politik,isu keluarga,persahabatan...dll yg tak sepatutnye dibualkan...
Sedar tak sedar sebenarnya setiap 'hujah2' yg terkeluar akibat khabar angin ni if nk dijadikan bukti kt mahkamah pun tak laku....ni kan pula nk jadi saksi dari setiap percakapan...sering bersangka2 dan menjadikan ianya suatu cerita atau topik perbualan....
pasti...setiap minggu ada sahaja topik baru...yang belum terbukti validity...
yang pasti,diri yang menyampaikan pun tak tentu mampu menjadi saksi atas setiap percakapan yg di'muntahkan'...
malang sekali bagi kita di akhirat nnti...lidah yg berkata-kata menjadi saksi akan setiap 'hujah2' palsu tersebut...ada org kata...ada mulut,kita cakap...ada suara,kita lantangkan..
inilah konsep yang diguna pakai bg kita2 yg tidak bersyukur dgn nikmat pancaindera yang diberikan..sgt payah bila sudah sebati dgn nikmat yg diberikan,nikmat tesebut digunakan secara hentam keromo sahaja..'hentam' dan terus 'hentam'....hujungnya kita yg di'hentam' semula dgn 'azab ALLAH yg Maha Hebat...na'uzubillah...
adakah dengan diam bererti kita tidak punya suara?adakah dgn diam bermakna manusia itu cacat?
apa hikmah disebalik diam seperti yd Rasulullah sebut melalui hadith baginda?
“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayan tanpa meminta maaf kpd orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.
“Barangsiapa yg beriman kpd Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yg baik atau diam”. ( RW BUKHARI & MUSLIM )
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dr bahaya”.( RW AT-TARMIZI )

BAHAYA YG BAGAIMANA KITA AKAN TERLEPAS DARIPADANYA TANPA BERKATA2?

·        bahaya mengumpat

·        bahaya menipu(salah satu sifat munafiq)

·        bahaya fitnah(yg boleh mengancam diri kita dan keluarga di dunia lagi)

·        bahaya permusuhan antara saudara

·        bahaya lunturnya iman

RENUNGAN BERSAMA….


Diam...
tanpa kata aku mampu...
tapi selalu saja aku layu..
hanya dengan satu usikan 'hai'..
hanya dengan satu pertemuan...
aku muntahkan bicara pleonasme..
tanpa sedar aku layu dengan bicara..
lidahku basah yang kontang...
terus terusan memuntahkan debu-debu..
yang mungkin dengannya bersama 'jisim2' palsu..
mungkin juga padanya dilambak virus2 liar..
jahat...
benci..
hasad...
dengki...
tanpa tapis yg murni..
itulah aku bila tidak mampu diam lagi..
sampai masa aku menjadi kaku..
tubuhku layu...selamanya layu..
akhirnya aku mampu diam..
diam dalam kesakitan...
diam disalut kerugian...
akibat dulu aku tidak mahu untuk diam..
diam...satu hikmah yang sangat besar..
aku kerugian..
mungkin dulu aku mampu untung dengan diam..
tapi kini aku diam aku diam si muflis..
muflis di hadapan tuhan...
dek kata seperti machine gun tanpa sasaran..
aku iri melihat pencinta diam..
diam dlm erti...
berkata bila dihajati..
hikmahnya tersembunyi..
bg diri yang mahu koreksi...
diam...
hikmah yg wujud tanpa bicara...

DIAM ITU.. 

Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 

Perhiasan tanpa berhias 

Kehebatan tanpa kerajaan 

Benteng tanpa pagar 

Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang 

Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal 

Menutupi segala aib


“SESUNGGUHNYA KETENANGAN ITU LAHIR DARI JIWA NAN SUCI”.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...