Menurut Pakar Fisioterapi, Hospital Pakar Ampang Puteri, Juemiah Ruzaini, sakit lutut tergolong dalam salah satu penyakit kronik yang menyerang apabila seseorang sedang berjalan, berdiri, dan kadangkala semasa rehat.Katanya, keadaan ini akan menyebabkan lutut pesakit sukar untuk digerakkan serta tidak boleh dilipat sepenuhnya, menyebabkan sekiranya mahu bersolat, ada yang terpaksa duduk di atas kerusi.

“Lutut antara salah satu anggota badan yang memerlukan penjagaan sepanjang hayat kerana digunakan setiap hari dalam setiap pergerakan.
“Untuk itu lutut perlulah kuat bagi membolehkan pergerakan lancar. Sehubungan itu kita perlulah melakukan senaman setiap hari dalam usaha untuk menguatkan otot-otot serta sendi-sendi lutut.