Thursday, February 21, 2013

kuiz personaliti






Colour personality



Science has long recognised that colour affects our behaviour and the way we feel. After all, it’s the first thing we register and that we use to help assess the things around us, such as whether certain foods, such as blue ones, might be poisonous, for example.
Science has long recognised that colour affects our behaviour and the way we feel. After all, it’s the first thing we register and that we use to help assess the things around us, such as whether certain foods, such as blue ones, might be poisonous, for example.

To understand these responses, we need to look at how colour works. Essentially, when the light reflected from coloured objects strikes the retinas in our eyes, the wavelengths are converted into electrical impulses. These pass into the part of the brain that rules our hormones and endocrine system, which are instrumental in regulating our moods. Unconsciously, then, our eyes and bodies constantly adapt to these stimuli, influencing our impulses and perceptions.

It’s called the Colour Affects System and works on two levels: 
The psychological properties of each of the 11 basic colours; and the roles that variations in tones, hues and tints can play in achieving a desired psychological effect. A key factor in this, Angela recognised, is that it is not one colour that triggers our responses, but a combination of the millions of colours, hues, tones and tints the human eye can distinguish. For example, a grey sky over a summer cornfield will evoke quite a different emotion than will a grey winter’s sky downtown. Therefore, there are no wrong colours per se, but different colour schemes do prompt different responses.

To apply colour psychology successfully, Angela also recognised the need to match the individual’s personality with the appropriate tonal colour family. There are four of these, each reflecting nature’s patterns, and every shade can be categorised into one of them. Once we have made this connection, she says, we can create colour combinations that will help turn our homes into spaces that reflect and support the personalities of those living there. Even if very different characters live together in one house, the right colour palette can ease tensions and help create harmony.



The four personality types and their tonal families

The four personality types and their tonal families
The four colour personality types and their tonal families

sumber: http://www.resene.co.nz/homeown/use_colr/colour_personality.htm

Mengenal Personaliti Seseorang



Personaliti yang wujud dalam diri kita adalah dalam bentuk yang dinamik, ia terus berkembang dan boleh berubah. Mengenalpasti personaliti diri adalah merupakan satu aset penting untuk kita mengenali dan mendalami diri sendiri. Dengan memahami personaliti yang terbentuk dalam diri kita maka lebih mudah kita menyesuaikan diri kita dengan persekitaran. Ada beberapa personaliti yang dirumuskan berdasarkan kajian dalam bidang psikologi.

 a) Personaliti Periang 
Seseorang yang periang akan mudah bergaul dgn orang lain dan bagi mereka bertemu dan bergaul dengan org lain itu adalah sumber kepada kebahagiaan dlm hidup.
 Mereka biasanya: 

  • berasa selesa apabila berada dalam keramaian dan seronok bertemu dengan orang lain
  •  lebih mudah berhubung dengan dunia luar berbanding dgn dunia dlm diri mrk sendiri atau berfikir dengan idea sendiri
  •  lebih suka berbincang dengan org lain dlm mencapai keputusan berbanding membuat keputusan sendiri
  •   lebih banyak bercakap dari mendengar  berkebolehan menganalisis situasi baru dengan mudah 
  • gemar dengan aktiviti keramaian seperti majlis makan, sukan, pesta dan lain-lain
  •  Happy go lucky dan gemarkan muzik harmoni dan rancak 

  b) Personaliti Pendiam 
Bersifat:

  •   lebih suka menyendiri
  •   sanggup melakukan apa saja untuk menjayakan sesuatu yang mereka suka
  •   mudah merasa diketepikan dalam keramaian
  •   lebih suka memikir dan mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi secara bersendirian
  •  menjadi pemerhati dan berfikir lama sebelum melibatkan diri dengan seseorang atau sesuatu
  •  seorg pendengar yang baik, kurang gemar dipuji dan tidak suka berbual atau mencampuri hal orang lain .

 c) Personaliti Perasa 
Bersifat:

  •   mahu jawapan yang pasti dan tepat
  •  suka kerja yang berperaturan dan kerja yang mempunyai pulangan yang banyak 
  •  suka mengumpul banyak dan cukup maklumat sebelum bertindak
  •   mementingkan fakta dan bukan teori serta tiada masalah berhadapan dengan perkara remeh temeh 
  •  lebih suka melakukan sesuatu dari hanya berfikir untuk melakukan sesuatu
  •   kurang mempunyai firasat 

 d)Personaliti Peramal
 Sifatnya:

  •  . gemar melakukan banyak perkara dalam satu masa
  •  selalu mempunyai jawapan yang sesuai untuk setiap persoalan dan bijak mengenalpasti peluang baru
  •   tidak suka melakukan kerja yang remeh temeh 
  •  gemar belajar mengenai perkara yang baru tapi kurang menggunakan ilmu tersebut 
  •  sering memberi jawapan berbentuk umum
  •   gemar kerja yang mencabar dan kurang gemar melakukan kerja yang sama sepanjang  masa
  •   banyak persoalan yang ditimbulkan dalam perbincangan 
  •  suka menguji kebolehan orang lain 

 e) Personaliti pemikir Bersifat

  •  mudah mengingat nombor berbanding dengan wajah dan nama orang
  •   sering bertenang walaupun dalam suasana yang menyebabkan orang lain panik
  •  yang penting dia mestilah benar setiap masa
  •   kadang-kadang kelihatan seperti orang yang keras hati dan mudah mengkritik
  •   baik dalam merancang sebarang kerja dan mengurus kerja peribadi 
  •  suka melihat sesuatu dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan

 f) Personaliti sensitif Bersifat: 

  •  sering mmbayangkan diri mereka dalam situasi yang dialami oleh orang lain. Lebih mudah simpati dengan perasaan,kehendak dan kesukaan orang lain
  • dalam membuat keputusan sering bertanya sendiri apa yang saya rasa dan apa yg orang lain rasa dan bukan apa yang betul
  •  suka menolong orang lain walaupun tahu mereka dipergunakan
  •   tidak gemar menyampaikan berita buruk kepada orang lain
  •  akan melakukan apa saja untuk tidak melukakan perasaan orang lain atau menimbulkan konflik dengan orang lain.

Friday, February 8, 2013

KEPENTINGAN EMPATI

Salam Kasih Sayang...
Dari Kasih sayang....wujudnya cinta yang ikhlas...manusia akan berubah kerana wujudnya kasih sayang. Perasaan kasih sayang wujud kerana adanya empati dalam diri manusia. Topik Kali ini, cg.era ingin membicarakan tentang kepentingan empati. Sebagai seorang guru kaunseling, perasaan empati perlu ada bagi insan yang bergelar kaunselor demi memudahkan proses sesi kaunseling dan menyelami perasaan yang dialami oleh klien kita.Masalah biasa dalam kaunseling ialah permainan emosi. Sebagai guru kaunseling perkara yang paling penting yang perlu kita belajar ialah EMPATI.

EMPATI DALAM KAUNSELING
PEMAHAMAN YANG MENDALAM - (EMPATI YANG TEPAT)
Empati ialah cuba memahami dengan sensitif dan tepat pengalaman dan perasaan klien dan makna pengalaman dan perasaan itu kepadanya bila didedahkan pada masa interaksi dalam proses kaunseling. Rogers percaya bahawa empati berada bersama orang lain dengan cara empati adalah satu cara yang cukup berkuasa untuk membawa perubahan personaliti (Grummon, 197s9). Ini bermakna kaunselor seperti betul-betul berada dalam dunia persepsi klien. Matlamat empati yang tepat ialah untuk membantu klien mendekati pengalamannya sendiri yang pula menjadi rujukan bagi memandu tingkah lakunya dan pemahaman kendirinya. Empati yang tepat menggalakkan penyelesaian kepada keadaan tak kongruen di antara kendiri dengan pengalaman. Prinsip lain yang harus diikuti oleh kaunselor ialah menyediakan suasana kaunseling yang baik iaitu dengan cara kaunselor mestilah mendengar dengan teliti apa yang diadukan oleh klien. Kaunselor mestilah mampu meluahkan semula kepada klien tentang intipati dari apa yang ditanggapnya dari klien itu dalam keadaan mesra dan tidak menghakimi klien.      

Semasa menjalankan sesi , 
perkara yang terpenting yang perlu ada pada seseorang kaunselor ialah perasaan empati. Empati berrmaksud kaunselor meletakkan diri mereka berada dalam dunia klien.Di dalam hal ini kaunselor dapat merasai kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh klien. Dengan demikian,kaunselor dapat membantu klien untuk menyelesaikan masalahnya dengan mudah setelah ia dapat mendalami klien dengan sebaiknya.

Terdapat 3 jenis empati yang perlu difahami oleh kaunselor jika ia ingin menjadi seorang kaunselor yang efektif iaitu :
  •  ’Basic empathy’ia bermakna seseorang kaunselor perlu mengulangi semula apa yang telah diperkatakan oleh klien.Ini penting untuk kaunselor mendapatkan pengesahan tentang apa yang sedang diperbincangkan.
  •  ’Addtive empathy’ pula bermaksud kaunselor perlu memberi respon dengan menokok menambah perkara yang sedang diperbincangkan dan dari apa yang diujarkan oleh klien dan yang terakhir ialah 
  • ’Subtractive empathy’. ’Subtractive empathy’ pula berkehendakkan kaunselor memberi respon dengan membuat andaian dan seumpamananya. 
 
EMPATI DALAM PENDIDIKAN
Empati, baik untuk pengajar maupun pelajar, semakin diperlukan dalam pendidikan dalam upaya mencapai kejayaan dalam proses pembelajaran. Jika kita bertanya apa karakter dari pelajar yang berjaya maka banyak ahli psikologi pendidikan menjawab: berpengetahuan, mampu menentukan diri sendiri, strategis dan empatik (Jones, 1990).
Empati, merujuk Jones (1990), penting karena para profesional yang berjaya dalam bidang apapun (termasuk  sebagai pengkaji, peneliti dan akademik) menunjuk kemampuan komunikasi agar berjaya dalam pekerjaannya. Mereka juga mampu memandang diri sendiri dan dunia dari sudut pandang orang lain. Ertinya mereka mampu meneliti dan menilai keyakinan-keyakinan dan keadaan-keadaan orang lain dengan tetap berpegang kepada tujuan mengembangkan pemahaman dan penghargaan. Murid-murid yang cemerlangpun menunjukkan kemampuan ini. Mereka menilai positif kegiatan melalui pengalaman dengan orang-orang yang berbeza latar belakang untuk memperkayakan diri mereka.
Dari segi sosial, empati menjadi lebih penting lagi bagi seorang pengajar. Hilangnya empati dapat melahirkan kecenderungan pengajar melakukan abuse dan eksploitasi terhadap murid-muridnya. Tingkah laku agresif guru terhadap murid banyak terjadi kerana kurangnya sifat empati guru. Tugas yang berat dan menyiksa murid, hukuman yang berlebihan, serta ketakpedulian pengajar terhadap apa yang dialami muridnya merupakan tanda-tanda rendahnya empati yang pengajar.
Kuatnya empati pada seorang pengajar merupakan hasil dari kesedaran diri, identiti diri yang sihat, penghargaan diri yang  baik, dan kecintaan terhadap diri sendiri dalam erti  yang positif. Di sisi lain, empati menunjukkan juga adanya kematangan kognitif dan efektif dalam memahami orang lain, kemampuan mencintai dan menghargai orang lain, serta persediaan untuk hidup bersama dan saling mengembangkan dengan orang lain. Empati merupakan ‘tembok karang’ moraliti seorang pengajar, bahwa ia mengajar, mengabdikan dirinya untuk mengembangkan murid-muridnya, bukan untuk memanfaatkan dan mengambil untung dari mereka.
 
kata-kata empati hari ini:
Bersukacitalah dengan orang yang bersukacita, dan menangislah dengan orang yang menangis!
 SUMBER :





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...