Friday, February 8, 2013

KEPENTINGAN EMPATI

Salam Kasih Sayang...
Dari Kasih sayang....wujudnya cinta yang ikhlas...manusia akan berubah kerana wujudnya kasih sayang. Perasaan kasih sayang wujud kerana adanya empati dalam diri manusia. Topik Kali ini, cg.era ingin membicarakan tentang kepentingan empati. Sebagai seorang guru kaunseling, perasaan empati perlu ada bagi insan yang bergelar kaunselor demi memudahkan proses sesi kaunseling dan menyelami perasaan yang dialami oleh klien kita.Masalah biasa dalam kaunseling ialah permainan emosi. Sebagai guru kaunseling perkara yang paling penting yang perlu kita belajar ialah EMPATI.

EMPATI DALAM KAUNSELING
PEMAHAMAN YANG MENDALAM - (EMPATI YANG TEPAT)
Empati ialah cuba memahami dengan sensitif dan tepat pengalaman dan perasaan klien dan makna pengalaman dan perasaan itu kepadanya bila didedahkan pada masa interaksi dalam proses kaunseling. Rogers percaya bahawa empati berada bersama orang lain dengan cara empati adalah satu cara yang cukup berkuasa untuk membawa perubahan personaliti (Grummon, 197s9). Ini bermakna kaunselor seperti betul-betul berada dalam dunia persepsi klien. Matlamat empati yang tepat ialah untuk membantu klien mendekati pengalamannya sendiri yang pula menjadi rujukan bagi memandu tingkah lakunya dan pemahaman kendirinya. Empati yang tepat menggalakkan penyelesaian kepada keadaan tak kongruen di antara kendiri dengan pengalaman. Prinsip lain yang harus diikuti oleh kaunselor ialah menyediakan suasana kaunseling yang baik iaitu dengan cara kaunselor mestilah mendengar dengan teliti apa yang diadukan oleh klien. Kaunselor mestilah mampu meluahkan semula kepada klien tentang intipati dari apa yang ditanggapnya dari klien itu dalam keadaan mesra dan tidak menghakimi klien.      

Semasa menjalankan sesi , 
perkara yang terpenting yang perlu ada pada seseorang kaunselor ialah perasaan empati. Empati berrmaksud kaunselor meletakkan diri mereka berada dalam dunia klien.Di dalam hal ini kaunselor dapat merasai kesakitan dan kesengsaraan yang dialami oleh klien. Dengan demikian,kaunselor dapat membantu klien untuk menyelesaikan masalahnya dengan mudah setelah ia dapat mendalami klien dengan sebaiknya.

Terdapat 3 jenis empati yang perlu difahami oleh kaunselor jika ia ingin menjadi seorang kaunselor yang efektif iaitu :
  •  ’Basic empathy’ia bermakna seseorang kaunselor perlu mengulangi semula apa yang telah diperkatakan oleh klien.Ini penting untuk kaunselor mendapatkan pengesahan tentang apa yang sedang diperbincangkan.
  •  ’Addtive empathy’ pula bermaksud kaunselor perlu memberi respon dengan menokok menambah perkara yang sedang diperbincangkan dan dari apa yang diujarkan oleh klien dan yang terakhir ialah 
  • ’Subtractive empathy’. ’Subtractive empathy’ pula berkehendakkan kaunselor memberi respon dengan membuat andaian dan seumpamananya. 
 
EMPATI DALAM PENDIDIKAN
Empati, baik untuk pengajar maupun pelajar, semakin diperlukan dalam pendidikan dalam upaya mencapai kejayaan dalam proses pembelajaran. Jika kita bertanya apa karakter dari pelajar yang berjaya maka banyak ahli psikologi pendidikan menjawab: berpengetahuan, mampu menentukan diri sendiri, strategis dan empatik (Jones, 1990).
Empati, merujuk Jones (1990), penting karena para profesional yang berjaya dalam bidang apapun (termasuk  sebagai pengkaji, peneliti dan akademik) menunjuk kemampuan komunikasi agar berjaya dalam pekerjaannya. Mereka juga mampu memandang diri sendiri dan dunia dari sudut pandang orang lain. Ertinya mereka mampu meneliti dan menilai keyakinan-keyakinan dan keadaan-keadaan orang lain dengan tetap berpegang kepada tujuan mengembangkan pemahaman dan penghargaan. Murid-murid yang cemerlangpun menunjukkan kemampuan ini. Mereka menilai positif kegiatan melalui pengalaman dengan orang-orang yang berbeza latar belakang untuk memperkayakan diri mereka.
Dari segi sosial, empati menjadi lebih penting lagi bagi seorang pengajar. Hilangnya empati dapat melahirkan kecenderungan pengajar melakukan abuse dan eksploitasi terhadap murid-muridnya. Tingkah laku agresif guru terhadap murid banyak terjadi kerana kurangnya sifat empati guru. Tugas yang berat dan menyiksa murid, hukuman yang berlebihan, serta ketakpedulian pengajar terhadap apa yang dialami muridnya merupakan tanda-tanda rendahnya empati yang pengajar.
Kuatnya empati pada seorang pengajar merupakan hasil dari kesedaran diri, identiti diri yang sihat, penghargaan diri yang  baik, dan kecintaan terhadap diri sendiri dalam erti  yang positif. Di sisi lain, empati menunjukkan juga adanya kematangan kognitif dan efektif dalam memahami orang lain, kemampuan mencintai dan menghargai orang lain, serta persediaan untuk hidup bersama dan saling mengembangkan dengan orang lain. Empati merupakan ‘tembok karang’ moraliti seorang pengajar, bahwa ia mengajar, mengabdikan dirinya untuk mengembangkan murid-muridnya, bukan untuk memanfaatkan dan mengambil untung dari mereka.
 
kata-kata empati hari ini:
Bersukacitalah dengan orang yang bersukacita, dan menangislah dengan orang yang menangis!
 SUMBER :





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...