Saturday, January 28, 2012

“MELIHAT DIRI SENDIRI”


RENUNGANKANLAH BERSAMA WAHAI TEMAN....

Satu daripada kelemahan manusia ialah berasa diri nya sentiasa benar dan susah untuk mengaku kesalahahan diri sendiri. Ini sifat keji dan dibenci orang.
Jika anda suka mencari kesalahan orang lain pasti akhirnya anda akan bergaduh dan bermusuh dengan orang lain.
Sebagai manusia biasa anda tidak boleh lari daripada membuat salah dan silap. Oleh sebab itu, kita disuruh oleh agama meneliti kelemahan diri sendiri agar nanti boleh dibaiki.
Berterimakasihlah kepada ibu bapa, guru-guru dan kawan-kawan yang suka menegur, menasihati atau tunjuk ajar anda.
Jangan sekali-kali marah atau rasa tersinggung apabila ditegur atau dinasihati. Orang yang sanggup menasihati ialah orang yang menyayangi anda dan mengambil berat tentang anda.
Sahabat yang setia ialah sahabat yang sanggup menegur kesalahan dan keburukan anda dan tidak mahuanda mendapat kesusahan.
Anda akan hidup bahagia jika berusahamenyelidiki kelemahan diri sendiri dan tidak menyelidiki kelemahan orang lain
Setelah mengetahui kelemahan diri, berusaha dan berazamlah untuk mengatsinya dengan bersungguh-sungguh
Anda akan dicintai dan dihormati oleh orang lain jika anda dapat menerima teguran, nasihat serta tunjuk ajar dengan cara yang baik dan lapang dada serta ikhlas, kemudian berazam untuk mengatasinya.




1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
tahniah keana miliki blog ilmu begini.(walaupun mungkin dah lama blog ni dihasilkan). terima kasih kerana sudi berkongsu maklumat. minta halal ilmu yang saya ambil dr halaman anda ini. mg anda diberkati dan dipermudahkan segala urusan oleh allah taala.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...