HADIAH BUATMU
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan
kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri,
saudara-mara, anak , murid dan sebagainya. HADIAH INI KHAS BUAT
MURID-MURID SAYA…..:)
1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar
mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan
merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah
Tanda Kasih: Jangan
kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda
kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.
3. Hadiah
Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak"
atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di
tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.Berikan kata-kata semangat
kepada murid-murid kita jika mereka gagal dan menghadapi masalah yang membuat
mereka jatuh…
4. Hadiah
Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya
suka ketawa bersama awak. “ dan buat lawak serta teka-teki untuk menjadikan
suasana kelas berada dalam keadaan ceria dan happy.
5. Hadiah
Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Comelnya , awak
hari ini" atau "Cantik tulisan awak" mempunyai nilai yang tinggi
kepada orang yang mungkin merasa dia.
6. Hadiah
Bantuan: Tolong membantu murid jika dia ada masalah dalam
belajar.
7. Hadiah
Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada
saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendirian.
8. Hadiah
Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila
bersama orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah
Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti di sekolah seperti
menyanyi bersama dengan murid kita dan bermain sukaneka bersama mereka. Kalah
pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah
Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang
dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
No comments:
Post a Comment