HAI, PEMBACA TERSAYANG.....
Rasanya agak lama saya mendiamkan diri kerana begitu terbeban dengan kerjaya sebagai guru kaunseling. Saya banyak program disaat-saat akhir, kena selesaikan....namun begitu saya selalu online FB untuk mendapatkan maklumat tentang bidang saya lah.saya join Group Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kadang-kadang saya terkejut dengan realiti sekarang, ramai orang suka menunjukkan hak milik mereka di tempat yang salah iaitu FB.....boleh,tapi PRIVATE kepada orang tertentu jangan PUBLIC.
Realiti memang sikap kita yang suka menunjuk-nunjuk, pantang ada yang lebih mesti suka show off walau originalnya tak siapa tahu.Apa sikap kita bila suka menunjuk-nunjuk bukan ker dah jadi riak.Begitu juga tentang barangan, memang sifat manusia, bila melebihi orang lain akan mula menunjuk-nunjuk, memang tak salah kita berbuat begitu, kita harus megah dengan hasil dalam kesusahan yang diperoleh.Tunjuk semua apa yang dipakai dan dipamerkan. alangkah indahnya kecantikan itu dilihat oleh yang lebih berhak.bukan ditayangkan di tempat umum (FB)FIKIR-FIKIRKAN SEJENAK......saya sendiri muhasabahkan diri saya....rasa diri terlalu lemah dengan kelalaian dunia.
Saya kongsikan Kata-kata peringatan tentang RIAK, semoga kita INGATKAN SELALU DIRI SUPAYA TIDAK TERSASAR JAUh.....:)
Ketahuilah sesusah-susah ANDA,
ada orang jauh lebih susah daripada ANDA.
Sesenang-senang ANDA, ada orang yang lebih senang daripada ANDA
. Maka janganlah mudah meninggi diri, merasa bangga mahupun bersikap riak.
Elak merasa diri ANDA lebih hebat, lebih baik, lebih bagus dari orang lain.
Racun kepada ibadah adalah sikap riak.
Penggagal kepada sebuah kejayaan adalah perangai merasa diri lebih hebat.
ANDA sebagai manusia, pasti akan ada kekurangan dalam apa jua kelebihan.
Seseorang manusia pasti memerlukan manusia lain sebagai pelengkap kepada kekurangannya.
Tidak ada daripada kita yang sempurna, iaitu sempurna dari segala segi.
Ada kekurangan, ada kelebihan.Sikap terbaik adalah bersederhana.
Dalam berusaha pada tahap ekstreme untuk mengejar kejayaan, ANDA diam-diamkan pencapaian.
Orang yang suka menunjuk-nunjuk serta berlebih-lebihan adalah orang yang kurang ilmu.
Orang yang suka bersederhana, itulah orang berilmu.
Penggagal kepada kejayaan adalah sikap merasa bangga, terlalu bangga dengan pencapaian hebat sehingga ANDA lupa bersyukur.
ANDA lupa menghargai orang sekeliling, lupa menghargai pemberian Tuhan kepada ANDA.
Bak kata pepatah, apabila suda berada di atas, lihat- lihatlah ke bawah.
Supaya ANDA tidak menjadi kacang lupakan kulit.
SEBAGAI PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KAWAN-KAWAN SEKALIAN....:)