Wednesday, November 23, 2011

TEKNIK BELAJAR: Belajar Berkumpulan

Pernahkah kita membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di
dalam ingatan?. Pernahkah kita merasa kecewa atas segala usaha yang kita
telah laksanakan tersebut?.
 Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah
tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah
dalam belajar adalah kita mempalajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang
berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu
perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkar ayang kita baca tetapi
tidak boleh kita ingati, ia akan mnjadi hanya proses ingatan jangka pendek.
Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi
ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita
cuba mangingat. apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita
boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.

Contoh yang kedua pula misalnya nombor kad pengenalan yang kita ingat.
Nombor kad pengenalan yang kita ingati iitu adalah proses ingaan jangka
panjang. Contoh proses ingatan jangka panjang yang lain adalah seperti
nombor telefon rumah sendiri, nonbor telefon rumah teman rapat, warna kereta
dan sebagainya. Ingatan jangka pendek akan mudah lupus dari ingatan kita.
Justeru ingatan menjadi perkara penting, lebih-lebih lagi apabila mahu
menghadapi peperiksaan. Maka satu kaedah mengingat yang sistematik amat
diperlukan.

Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat
pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, setelah kita
mempunyai motivasi yang tinggi, kita juga mesti mempunyai kemahiran
pembelajaran yang berkesan.
Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi
apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang
cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang
berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya
termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara
neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.

Apabila kita katakan sebagai kemahiran, ia menuntut kita tahu apakah
kemahiran yang kita akan belajar. Ia lebih tepat kita sebut sebagai belajar
cara untuk belajar.
Selalu kita sebut sebagai "smart study" iaitu belajar dengan kaedah yang
betul ditambah dengan minat, motivasi serta kesungguhan yang tinggi. Apabila
disebut sebagai kemahiran ia juga perlukan ulangan.

Teknik Belajar

Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular
di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila
ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara
kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah
yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah
pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang
belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya
sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi
dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar
berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar
secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan
tanggapan yang salah.

Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh
dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara
kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti
membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama,
atau kumpulan  yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri
daripada pelbagai
latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih
berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar
secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada
sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan
daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan
pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli  kumpulan. namun
demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang
tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur,
bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk
"sumbang saran" atau menyemarakkan idea.

Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan
ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni
kesanggupan untuk  berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan
hipotesis secara kritis
dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang
menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir
yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang
tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar
yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di
kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan
juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka
ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting.

Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan
yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya
adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan
kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.

Peranan Belajar Berkumpulan

1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk.

Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam
kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti
dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita
mempunyai peranan di dalam kumpulan.

2. Ahli mesti sehaluan.

Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu
cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan
untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan
bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya.

3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut.

Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga
memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting
kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan
dari ahli yang lain dapat kita jelaskan.


4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif.

Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan
kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang
dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru.
Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang
demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan.


5. Penumpuan semasa ahli membentang.

Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang
sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita
semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan
apabila kita
sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita.
Bagaimanakah
perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai,
justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang
dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain
merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini.

6. Bersoal jawab.

Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya
perbincangan dan soal jawab.  Semakin banyak perkara yan relevan
dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan
sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa
bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya
membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang
dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal
dalam membincangkan tajuk tersebut.
Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan
diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah
dengan pemahaman kita.

7. Agihkan bahan

Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari
secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai
ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan
tanggungjawab kepada semua ahli.  Maka laksanakanlah tugas seperti tugas
mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha.
Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian
tajuk-tajuk.

Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai
sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.
K = Kerjasama diperlukan
U = Untuk semua ahli
M = Mesra menjadi faktor penting
P = Prihatin kepada setiap ahli
U = Ulangkaji terlebih dahulu
L = Laksanakan sebaik mungkin
A = Anggapan antara ahli mestilah positif
N = Natijah cemerlang diperolehi

Kombinasi huruf-huruf di atas diharapkan memberikan celik akal kepada kita
untuk melaksanakan teknik ini sebaik mungkin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...