Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS)
(mendengar, memahami, membantu)
Pasukan
Pembimbing Rakan Sebaya
Rasional
Kaedah
dan pendekatan Bimbingan dan Kaunseling dapat mengisi atau merentasi setiap
aspek pendidikan. Khidmat “murid membantu murid” dijangka lebih berkesan dan
memahami curahan perasaan rakan sebaya mereka. Golongan murid ini wajar diberi
pendedahan asas kaunseling. Kemahiran yang dimiliki itu diharap dapat
menjadikan diri mereka sebagai pendengar yang empati dan rela memberi
pertolongan dalam membentuk budaya sekolah. Sejajar dengan falsafah PRS ” Bantu
Diri Untuk Membantu Orang Lain”, wajarlah PRS ini ditubuhkan untuk menjelajah
potensi diri dan berusaha mempertingkatkan kemahiran, kepimpinan dan keupayaan
menolong.
Matlamat
Penubuhan
PRS diharapkan dapat membina kelompok pelajar yang mempunyai keyakinan diri
yang tinggi , mempraktikkan sistem nilai yang sihat sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan dapat membantu Guru Bimbingan melaksanakan
perkhidmatan menolong yang menjurus kepada pembentukkan budaya sekolah yang
kondusif dan meransang pembangunan manusia.
Objektif
Selepas
program murid terpilih ini ;
1.
Boleh menguruskan emosi dan sahsiah dengan kemahiran asas kaunseling.
2.
Boleh menjadi PRS terlatih dan dapat menjadi pendengar yang baik dan
berkeupayaan membantu rakan.
3.
Boleh membantu guru bimbingan dan kaunseling memperluas khidmat melalui projek
membantu yang dijalankan oleh PRS.
4.
Boleh berinteraksi dengan berkesan bersama rakan sebaya serta dapat memberi
pertolongan dalam mengatasi gejala disiplin di sekolah.
SAHABAT
YANG TERSAYANG
WALAU
HANYA SEKETIKA KITA BERSAMA
JALINAN
PERSAHABATAN ANTARA KITA
MENCIPTA
1001 KENANGAN
SUKA
DAN DUKA
YANG
KEKAL ABADI
UNTUK
SELAMANYA
Ku
jalin cita-cita
Setinggi
Awan nan biru
Ingin
hati ini
Menabur
bakti
Kepada
anak bangsa yang dicintai
Apa
yang ada pada diruku
Aku
manusia kerdil
Serba
kekurangan
Hanya
setitik impian
Secebis
harapan
Kudahaga
melihat
Anak
bangsa
Mara
setapak
Selangkah
ke hadapan
Telah
kutabur
Benih
yang subur
Untukmu
belai
Baja
dan gembur
Jadikanlah
benih itu,
Hidup
segar
Menaungi
bumi yang satu.
Usah
dipetik
Dengan
jari-jari curiga
Usah
dipijak
Semangat
di dada
Sambutlah
dangan hati terbuka
Benih
itu kan membesar
Seluas
dunia!
Pembimbing
Rakan Sebaya
Kau
diberi nama
Menjadi
tunggak masa depan
Sebagai
warga yang berjasa
Membina
budaya kasih mesra
Sesama
rakan
Sesama
insan
Kepada
dewasa simbul teladan
Derma
bimbingan
Seikhlas
jiwa
Pandu
dan sokong PRS kita
Semoga
khidmat
Lebih
bermakna
PRS
Bakai
dewasa masa kini
Kau
dididik dikasihi
Menanam
bakti
Tunjukkan
pada mereka
Kau
pelajar bestari
Hari
ini
Hari
esok
Dan
hari muka
PRS
Kau
kebanggaanku
Kaulah
menjadi pengganti
Mimpiku
dan hasrat di hati
Ku
doa nukilan jiwa
Kan menjadi
satu realiti
PRS
Taburkan
mesra
Taburkan
jasa
Tidak
kaurugi sesen jua
Setitik
impian, secebis harapan