Thursday, April 18, 2013

PELAKSANAAN PROGRAM HENTIKAN BULI 2013

SALAM SAYANG SEMUA.....NI JANJI SAYA.KERTAS CADANGAN PROGRAM HENTIKAN BULI, TAHUN 2013 DAN PELAKSANAANNYA.


KERTAS CADANGAN
PROGRAM HENTIKAN BULI, TAHUN 2013


PENGENALAN
Kejadian buli di sekolah dewasa ini kian menjadi-jadi . Pelbagai kes dilaporkan di dada-dada akhbar dan keadaan ini amat membimbangkan bukan sahaja pihak individu, malah ibu bapa, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pelajaran. Oleh yang demikian, masalah ini perlu dibanteras segera agar tidak menjadi barah yang mengancam keselamatan dan keharmonian sesebuah sekolah.
Program Hentikan Buli adalah satu program yang telah dirangka oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Puchong Indah dengan kerjasama semua guru bagi memberikan pendedahan kepada semua murid mengenai bahaya buli, kesan dan akibat perbuatan buli kepada mereka yang buli dan masyarakat sekolah amnya.    

MATLAMAT
Program Hentikan Buli diadakan bertujuan untuk mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid SK Puchong Indah dan juga usaha untuk mengurangkan perbuatan buli yang berlaku di sekolah ini.  Walaupun kadar buli di sekolah ini masih rendah jumlahnya, tetapi langkah pencegahan perlu dilakukan agar murid-murid faham kenapa perbuatan buli tidak dibenarkan sama sekali terjadi sama ada di sekolah atau pun di mana-mana sahaja.

OBJEKTIF
Objektif  Program Hentikan Buli adalah seperti berikut :
1.      Mencegah perbuatan buli di kalangan murid-murid SK Puchong Indah.
2.      Meningkatkan kesedaran murid-murid akan bahaya perbuatan buli serta kesan-kesan dan akibat terhadap mereka yang dibuli dan warga sekolah secara amnya.
3.      Mengurangkan kadar/jumlah perbuatan buli di sekolah ini.
4.      Menanam sikap saling sayang menyayangi, tolong menolong dan berdisiplin di kalangan murid-murid SK Puchong Indah dan warga sekolah secara umumnya.

SASARAN

Semua murid Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.
Bilangan :  2383 orang


TARIKH

18 Mac hingga 20 Mac 2013 (Isnin hingga Rabu)


TEMPAT

Dewan terbuka/ tertutup Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.


TENTATIF PROGRAM

Sesi Pagi

Tarikh
Aktiviti yang dijalankan
Masa

18/03/2013
-          Ucapan daripada Guru Besar SKPI
-          Pelancaran oleh Guru Besar SKPI.
-          Tayangan Video Anti Buli (waktu rehat sahaja)
-          Pertandingan Melukis Poster bertajuk “Hentikan Buli” Jangan Gentar Jangan Takut.
(Terbuka kepada semua murid- Thn 4,5 dan 6)
-          Kuiz Mengenai Buli
(Terbuka kepada semua murid- Thn 4,5 dan 6)
7.50 pg -8.10 pg
8.10 pg – 8.20 pg
9.20 pg – 10.40 pg

Waktu rehat sahaja
 

19/03/2013 &
20/03/2013


-          Tayangan Video
-          Murid-murid boleh menghantar Lukisan Poster serta Kuiz


Waktu rehat sahaja
 

Sesi Petang

Tarikh
Aktiviti yang dijalankan
Masa

18/03/2013

-          GBK memberikan ucapan mengenai Program Hentikan Buli.
-          Tayangan Video
-          Pertandingan mewarna semua murid- (Thn 1, 2 & 3).




Waktu Perhimpunan Rasmi @ waktu selepas rehat
 

19/03/2013 &
20/03/2013


-          Tayangan video.
-          Pengumpulan kertas pertandingan mewarna







Waktu rehat sahaja

PENUTUP

Diharap program ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua murid SK Puchong Indah tentang bahayanya perbuatan buli dan kesan serta akibatnya kepada mereka yang dibuli dan warga sekolah amnya.  Dengan adanya program seperti ini akan dapat membantu mengurangkan kadar buli di sekolah ini dan sekaligus mencegah perbuatan buli terutamanya bagi murid-murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3).

GAMBAR SEPANJANG PROGRAM HENTIKAN BULI SERTA PELAKSANAANNYA....







No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...