Thursday, March 22, 2012

GURU PENYAYANG-teks ucapan


UCAPAN MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012
Tarikh   :  19 MAC 2012(ISNIN) 
 Masa  :  8.00 pagi
Tempat   : SKPI
Terima kasih tuan pengacara majlis,
Yang saya hormati barisan Penolong Kanan, Guru-Guru  dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.
SALAM  SEJAHTERA, SELAMAT PAGI DAN SALAM 1MALAYSIA  saya ucapkan kepada semua.
Pertama-tama, saya ingin mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir dalam majlis perlancaran program guru penyayang dan mentor-mentee peringkat  sekolah pada pagi yang ceria ini.

Tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang saya kasihi sekalian,
Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee yang diilhamkan oleh Y Bhg. Dato’ Seri Abdul Ghaffar b Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, bakal dilancarkan Kementerian Pelajaran Malaysia pada 1 Mac 2012 di semua sekolah di seluruh pelosok Negara. Program ini bertujuan untuk meningkatkan SIFAT KEPEDULIAN(concerned) guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling hormat-menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Di samping itu, program ini dilaksanakan untuk menawan jiwa raga(heart and mind) murid agar mereka menghargai dan menyayangi sekolah, guru, ibu bapa, masyarakat dan Negara.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan berbelas kasihan serta menghormati orang lain. Penyayang atau “caring” bermaksud merasa prihatin dan empati terhadap orang lain. Ini bermakna guru penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concerned) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters / no child left behind) dengan cara mengamalkan sifat dan perlakuan seperti yang disebut tadi. Seorang guru penyayang sentiasa mengutamakan kebajikan dan pembelajaran muridnya. Guru penyayang akan memberi didikan dan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran sehingga muridnya menguasai pelajaran (menitikbertakan outcome daripada output). Guru penyayang juga sentiasa percaya dan yakin(believe and have faith) pada muridnya. Dengan cara ini muridnya akan yakin dan percaya dengan kebolehan diri sendiri .
Nel Noddings (1988) and Lisa Goldstein menyatakan bahawa penyayang itu satu proses; iaitu, sesuatu yang guru buat dan bukan apa yang guru rasa. Ini bermaksud tingkahlaku guru dalam bilik darjah dan semasa interaksinya dengan murid-muridnya yang menentukan sama ada guru itu guru penyayang atau tidak. Sifat penyayang itu satu etik, atau nilai moral yang diamalkan guru selalu dan dapat dirasakan muridnya.
Guru penyayang juga mengenali muridnya dengan rapat. Ianya bukan sahaja perlu mengetahui dan memahami kebolehan, kekuatan dan kelemahan muridnya tetapi juga berusaha membantu murid itu meningkatkan kekuatannya, dan mengatasi kelemahannya. Pendek kata, guru penyayang membantu murid membangunkan potensinya ke tahap semaksimum mungkin. Guru penyayang juga merupakan pendengar yang sabar dan setia. Dengan bersifat reseptif dan mendengar kepada masalah murid, menjadikan mereka lebih mesra dan boleh didampingi. Satu lagi ciri guru penyayang ialah guru itu sentiasa berusaha melebihi tanggungjawabnya, iaitu “go above and beyond” untuk membantu muridnya di dalam dan di luar bilik darjah. Ringkasnya guru penyayang sentiasa “go the extra mile” untuk membantu muridnya, terutamanya murid-murid yang pemalu atau yang menghadapi masalah pembelajaran. Kata pepatah “ a little help goes a long way”
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Murid-murid mempunyai kebolehan pembelajaran dan tahap kefahaman yang berbeza-beza. Ada murid yang  cepat faham konsep yang diajar, sementara terdapat murid yang menghadapi kesukaran untuk memahami pengajaran guru. Mereka ini akan ketinggalan jika guru tidak peka kepada masalah mereka ini. Sesuai dengan prinsip “No child left behind” Guru penyayang yang sentiasa peka dan sensitif terhadap keperluan individu yang berbeza-beza ini akan dapat membantu murid berkeperluan khas untuk sama-sama mencapai kejayaan seperti rakan-rakannya yang lain.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Davis (2003) mendapati kajian-kajian yang dibuat 30 tahun kebelakangan ini semakin menunjukkan kepentingan hubungan guru penyayang dalam meningkatkan motivasi, penbelajaran dan pencapaian murid. Kajian-kajian mendapati bahawa guru penyayang dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang lebih kondusif dan mesra, menggalakkan murid untuk menunjukkan tingkahlaku sosial yang lebih bertanggungjawab serta lebih menekankan pembelajaran  daripada pencapaian. Murid-murid yang merasakan guru mereka penyayang didapati lebih berjaya dan kurang kemungkinan tercicir dari persekolahan.  
Guru-guru yang saya muliakan,
Program Mentor Mentee tidak asing lagi kepada kita semua. Namun, walau pun program ini telah lama wujud, keberkesanan perlaksanaanya menjadi satu tanda tanya. Mentor berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh dipercayai.  Mentor biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dalam memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukannya.
Mentee pula dirujukan kepada individu yang menerima pertolongan. Dalam memberi khidmat menolong, mentor yang berpengetahuan dan berpengalaman bertindak sebagai pembimbing, rakan dan guru kepada mentee yang memerlukan bantuan untuk menambahbaikan lagi dirinya sama ada dalam konteks pembentukan kerjaya, pendidikan, kerohanian, kesihatan mental dan dalam apa jua aspek-aspek pembangunan diri. 
Dalam konteks sekolah, mentor itu biasanya guru dan mentee adalah murid. Program mentor-mentee ini bertujuan untuk menentukan bahawa setiap murid itu mempunyai orang yang lebih arif yang boleh dirujuknya dan mendapatkan bimbingan dan bantuan dalam menyelesaikan masalah. Mentor boleh memantau kemajuan menteenya. Program mentor-mentee ini boleh dilihat sebagai satu kaedah pengisian atau amalan guru penyayang.
Sidang hadirin yang saya hormati sekalian,
Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam hubungannya dengan murid, ibu bapa, dan komuniti. Jika sifat professional askar ialah disiplin dan kepatuhan, sifat professional guru ialah penyayang. Hanya dengan mengamalkan amalan penyayang, dapat guru melaksanakan tugas hakikinya mendidik dan membentuk sahsiah murid-murid. Saya percaya bahawa jika amalan guru penyayang ini dapat diperluaskan kepada semua sekolah dan dapat diamalkan semua guru, banyak gejala sosial, salahlaku disiplin, dan keciciran di kalangan murid sekolah akan dapat dikurangkan. Pada masa yang sama, pembelajaran dan pencapaian dalam peperiksaan awam akan dapat ditingkatkan. Justeru, saya menyeru kepada semua guru agar mengamalkan budaya guru penyayang ini.

Akhir kata, dengan lafaz bismillahirahmanirahim dan  rasa penuh rendah diri, saya dengan ini melancarkan Program Guru Penyayang dan Mentor dan Mentee Peringkat SKPI  dengan rasminya.
Sekian, terima kasih.



3 comments:

Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor. said...

Tahniah.... Blog yang comel dan cute macam orang yang membuatnya... teruskan usaha murni ini...mudah-mudahan bermanfaat untuk ramai orang yang melayari... saya berminat nak menjadi pengikut blog ni... :)

Unknown said...

terima kasih.....sy akan berkongsi lagi info terbaru.skrg bz dgn Program Maju Diri.Teruskan menjadi pengikut setia sy.:)

Unknown said...

bOLEHLA Jadi follower sy nt.tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...