Apabila anda mengantuk…
Masalah yang dihadapi oleh anda
iaitu mengantuk serta menguap sebaik-baik sahaja memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota
sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar. Perkataan seperti malas, tidak ada mood,
boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak
positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh
individu tertentu. Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi
dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam
persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif.
Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di
masa hadapan. Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa
terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif.
MENGANTUK BILA BELAJAR
Sinario:
-
Bila
mula memegang buku mata mula rasa mengantuk
- Kerap
mengantuk di dalam kelas
- Setiap
kali mengulangkaji pelajaran fikiran saya melayang-layang
- Ada
pula yang tak sampai 10 minit berada depan buku mata mula terasa berat.
Tidak tahu apa yang dibaca …
FAKTOR YANG
MENYEBABKAN PELAJAR SELALU MENGANTUK DI DALAM KELAS
- Tidak
cukup tidur – 80% punca utama
sebab:Menelaah pelajaran hingga
lewat malam, menonton TV, Video, Radio,
Internet,bergayut, SMS, Chatting,lepak bersembang hingga
lewat pag dan Kerja – partime bantu keluarga.
LANGKAH MENGATASI TABIAT MENGANTUK
1 Bina sikap yang positif.
Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh
sikapnya dan hanya 10% bakat dan kecerdikan. Sekiranya anda membaca terlalu
lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi
perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.
‘Study smart' bukan ‘Study hard'.
2. Persediaan minda.
Sikap negatif adalah daripada minda yang
negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang
dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut: Saya mesti berusaha dan menjadi
pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh
berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.
3. Persediaan perasaan.
Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi
anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan
tidak diganggu dengan kata-kata negatif.
4. Persekitaran yang sesuai.
Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat
yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan
menjejaskan tumpuan fikiran.
5. Ketepikan seketika masalah sampingan.
Sekiranya anda menghadapi
masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan
sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa.
Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan
perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan
mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi
atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.
6. ‘Study smart' bukan ‘Study hard'.
7. Strategi
Membaca – secara aktif
8. Penglibatan
aktiviti kinestatik fizikal
9. Catatan nota
ringkas
10. Azam yang bersungguh-sungguh