Tuesday, July 17, 2012

Segalanya tentang Ibadah Puasa

AMALAN UTAMA DI BULAN RAMADAN


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber gambar: http://www.masjidsiber.net/

Terdapat banyak amalan sunat yang menjadi keutamaan pada bulan Ramadhan. Antara amalan utama pada bulan Ramadhan ialah:

a. Menunaikan solat sunat Terawih pada setiap malam bulan Ramadhan.
b. Membaca dan bertadarus al-Quran.
c. Memperbanyakkan amalan sedekah.

Selain itu, terdapat juga amalan-amalan lain yang boleh di lakukan seperti qiamullail, beriktikaf di masjid dan sebagainya.




1. SOLAT TERAWIH



Pengertian:

Solat sunat yang dikerjakan selepas solat insyak pada Bulan Ramadhan.


Dalil:

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan ramadhan.
Hukum: Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.

Cara Solat Tarawih: Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu Insyak sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Insyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Insyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat Subuh.
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:

Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, ditunaikan dua rakaat satu salam. Solat ini boleh ditunaikan sebanyak 8 rakaat atau 20 rakaat dan digalakkan berjemaah.

Kelebihan Sembahyang Tarawih: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu


2. TILAWAH AL-QURAN


Pengertian:

Tilawah Al-Quran bermaksud membaca Al-Quran.

Kaifiatnya:


Membaca secara bersendirian atau bertadarus. Tadarus bermaksud membaca beramai-ramai secara bergilir-gilir, menyemak, membetulkan bacaan, serta memahami maknanya bersama-sama.


Adab-adab Membaca al-Quran:
  • Disunatkan membaca Al-Quran dalam keadaan berwudhuk dan dalam keadaan bersih kerana yang di baca adalah ayat-ayat Allah. Tangan kanan hendaklah digunakan untuk mengambil kitab ini, manakala menggunakan kedua-dua belah tangan semasa memegang Al-Quran.
  • Disunatkan membaca Al-Quran di tempat yang bersih, seperti di rumah, surau, musollah dan tempat lain yang dianggap bersih. Tempat yang paling utama adalah di dalam masjid.
  • Disunatkan menghadap ke arah Qiblat ketika membacanya. Bacaan hendaklah khusyu’ dan tenang.
  • Mulut hendaklah bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca Al-Quran, mulut dan gigi dibersihkan terlebih dahulu.
  • Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca ta’awwudz, iaitu meminta perlindungan Allah dari gangguan syaitan yang direjam. Doa bagi menerangkan hati juga boleh dibaca sebelum atau selepas membaca ta’awwudz.
  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan tartil, iaitu membaca dengan perlahan-lahan dan tenang.
  • Bagi yang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pengertian tentang ayat-ayat yang di baca.
  • Disunatkan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan bagus bagi menambah keindahan bacaan tersebut.
  • Seelok-eloknya, ketika membaca Al-Quran, pembacaan hendaklah sehingga tamat tanpa ada diputuskan kerana ingin berbual-bual, ketawa dan bermain-main.Kesucian Al-Quran hendaklah di jaga.

Fadhilat dan hikmah:

i. Al-Quran memberi syafaat di akhirat.
ii. Menenagkan jiwa
iii. Menyembuhkan penyakit
iv. Menjauhkan diri daripada gangguan Iblis


3. SEDEKAH

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!
Pengertian:

Mendermakan harta yang berlebihan melebihi keperluan kerana Allah s.w.t.
Kaifiat:

Mengeluarkan harta dan bersedekah kepada orang yang memerlukannya seperti orang miskin dan anak yatim.

Bersedekah mestilah ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk.

Fadhilat dan hikmah:

i. Menampung kecatatan puasa
ii. Di ampunkan dosa
iii. Pahala berlipat ganda
iv. Mendapat rahmat Allah s.w.t
v. Di jauhkan daripada azab neraka dan di dekatkan ke syurga.

4.QIYAMULAIL

KELEBIHAN
Banyak ayat al-Quran dan hadith nabi yang menerangkan tentang kelebihan bagi mereka yang mengerjakan ibadah qiamullail. Di antaranya ialah firman Allah S.W.T. :
Maksudnya:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “Sembahyang Tahajjud” padanya sebagai sembahyang tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkitkan dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”.
(Surah al-Isra’: 79)
Maksudnya:
“Wahai manusia hendaklah kamu banyak memberi salam, memberi makan, bersembahyang pada waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan sejahtera”.
(Riwayat at-Tirmizi)

Amalan-Amalan Sunat Semasa Qiamullail      
Di antara amalan-amalan yang disunatkan semasa qiamullail ialah mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, membaca al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar memohon ampun ke hadrat Allah S.W.T. Tentang sedikit atau banyak mengerjakan amalan-amalan sunat, tidak dihadkan. Ini terpulanglah kepada kemampuan seseorang untuk mengerjakan amalan-amalan sunat. Jika seseorang itu hanya mampu mengerjakan dua rakaat sembahyang Tahajjud sahaja umpamanya, maka ini juga dikira melakukan ibadat qiamullail. Walau bagaimanapun sedikit atau banyak bukanlah menjadi ukuran, tetapi yang penting adalah keikhlasan seseorang dalam mengerjakan ibadat dan sentiasa melakukannya. Ini akan lebih menghampirkan diri seseorang itu kepada Allah S.W.T.
Beberapa Sembahyang Sunat Semasa Qiamullail:
            Sembahyang Sunat Awwabin
            Sembahyang Sunat Tahajjud
            Sembahyang Sunat Hajat
            Sembahyang Sunat Taubat
            Sembahyang Sunat Tasbih
            Sembahyang Sunat Witir
KAIFIAT SOLAT SUNAT
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini bahawa qiamullail merupakan amalan sunat yang sangat tinggi ganjarannya dari Allah S.W.T. Amalan ini boleh dikerjakan secara persendirian atau bersama anak isteri di rumah ataupun secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau. Jika dikerjakan secara persendirian atau bersama keluarga bolehlah dikerjakan di rumah sahaja. Waktu yang sebaik-baik kita bangun ialah sepertiga akhir malam ( kira-kira 3.00 pagi). Setelah kita bangun dan mengambil wudhu’ lalu terus mengerjakan sembahyang Tahajjud dua rakaat atau lebih dan mengerjakan sunat lain seperti sunat Tasbih, sunat Taubat, sunat Hajat dan sunat Witir
Jika qiamullail dilakukan secara berjemaah di masjid atau di surau, ikutilah program yang telah diatur oleh pihak urusetia.

5. IKTIKAF DI MASJID

Dalam bulan Ramadhan dianjurkan menambah waktu untuk beribadah kepada Allah SWT, antara lain dengan membaca dan mempelajari Al-Quran, shalat tarawih.
I’tikaf adalah berdiam diri di masjid dengan niat beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. I’tikaf ini hukumnya sunnah, terutama di atas tanggal 20 Ramadhan. Dari ‘Aisyah. “Rasulullah saw melakukan i’tikaf mulai tanggal sepuluh sampai akhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat.” H.R. Bukhari dan Muslim.

Syarat untuk melakukan i’tikaf adalah : 
  • Islam
  • Berakal
  • Suci dari hadas besar.
Rukun i’tikaf adalah :
  • Niat
  • Berada dalam masjid selama beberapa saat
 


Sumber Rujukan:
1.Hamil @ Amir Abdul Hameed & Mohd

2.Shukri Othman, 2008, Pendidikan Islam, Sasbadi.
 3.Musyarawahab, 1995, Roh Ramadhan Aidil Fitri.
4..LaluKhidir, 1981, Puasa dan Aspek-aspek Kehidupan Manusia

Panduan Pemahaman Konsep Ibadah Puasa


SELAMAT BERIBADAT DAN MENDAPAT KERAHMATAN DI BULAN YANG MULIA INI.

 .


2 comments:

Anonymous said...

ana suka artikel yang anti bikin membahas ttg puasa penyampainya lugas dan mudah dipahami teruslah berkarya.........Ruslan, INDON

Unknown said...

sama-sama..........saya masih baru dan masih belajar.tq.sila singgah lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...