Post kali ini, era ingin bercerita tentang syukur...kadang kadang kita alpa dengan duniawi hingga kita lupa hendak bersyukur dengan kurniaan Allah swt kepada kita.Era begitu teruja beberapa video yang mempersoalkan tentang BERSYUKUR.....mari kita kongsi dan menyelami apa yang pentingnya bersyukur dalam kehidupan kita dan menjadi insan yang lebih menghargai kehidupan ini. Mengapa asyik termenung jauh, memikirkan nasib diri di sini, sedangkan tidak mengetahui hakikat erti kebahagiaan yang sebenar?...Aku terasa tenang di jiwa. Ia menjadikan aku semakin bersyukur walaupun terlalu banyak dugaan perit yang menimpaku.Ia menjadikan aku lebih bersabar dan kuat untuk menempuh hidup yang aku sendiri tidak tahu penghujungnya.
Hidup akan lebih bahagia bila kita dapat menikmati apa yang kita miliki. Kerana bersyukur itu merupakan kualiti hati yang tertinggi.Adakah kita mampu bersyukur wahai kawan2 sekalian....Perjalanan hidupku sendiri begitu rumit berjauhan dengan puteri dan suami tersayang...berperang dengan perasaan untuk menjadi ibu dan isteri yang sentiasa disisi mereka. Kerana kutahu tempat seorang isteri adalah disisi suami. Pekerjaanku yang jauh membuatku selalu berperang dengan perasaan.Walaupun kutahu ini sudah ditakdirkan untukku, aku tetap bersyukur, walaupun kutahu pahitnya hingga aku selalu berdoa agar ada sinar buatku suatu hari nanti dapat bersama keluarga tercinta. Hari2 terakhir ramadan ini, Ya Allah berilah kesempatan diri ini untuk dekat denganMU. Kerana kutahu..."Allah tak pernah mengecewakan kita, tetapi kita selalu mengecewakan Allah". Jangan Bersedih, Sesungguhnya Allah bersama kita...(Surah At Taubah(9):40
kuatkan diriku dan semangat lebih membara untuk menempuh sulitnya hidup ini.
sayang dan ikhlas,
Era
No comments:
Post a Comment