Friday, January 18, 2013

REFLEKSI PROGRAM MAJU DIRI 2013

Salam kembali kawan-kawan,
Post kali ini saya ingin berkongsi mengenai refleksi Program Maju Diri 2013.

Apa itu REFLEKSI?
REFLEKSI:
  •  Hanipah (2004) juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan seseorang  sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya.
  • Refleksi disini, seseorang murid dapat mempelajari dan memahami apa yang mereka alami sepanjang mengikuti PROGRAM MAJU DIRI.
SOALAN REFLEKSI BAGI MURID TAHUN 4:
  1.  Apakah perasaan anda pada hari ini?
  2. Lukiskan gambar perasaan anda hari ini?
  3. Apa yang anda pelajari hari ini?
CONTOH JAWAPAN:
1. Gembira
2. 

3.  Saya pelajari tentang KERJASAMA, PERKARA BARU,  PERSAHABATAN,KASIH-SAYANG  DAN KEJUJURAN.Harapan saya program maju diri ini amat baik dan patut diteruskan. SAYA SAYANG CIKGU. (terharu saya.....sedih pun ada).Saya pun menyahut , CIKGU JUGA SAYANGKAN KAMU.:). itulah yang diluahkan oleh salah seorang murid yang berkongsi.

Untuk lebih menarik sesi refleksi, perkara yang perlu dilakukan ialah:
1. setiap kumpulan memberi penghargaan kepada ahli kumpulan mereka dan sesiapa saja yang mereka ingin berikan penghargaan. Contoh, terima kasih kepada kumpulan SATRIA, TQ,cikgu ....tq, kawan-kawan. (paling baik sebutkan nama)-(masa 5 minit-7 minit)
2. Murid dikehendaki menyalin soalan tersebut dan menulis di dalam buku mereka. Mereka dikehendaki jujur pada diri mereka. Menulis apa yang mereka rasai dan alami sepanjang program tersebut. (masa 10 minit).
3. Selepas siap menulis, panggil seorang murid yang volunteer untuk tampil ke depan. Murid tersebut akan membaca refleksi mereka. Murid tersebut begitu jujur luahkan apa yang mereka rasa. Cikgu boleh guide mereka, jika mereka berdebar dan malu. Saya tidak menyangka ada yang menangis semasa sesi refleksi.(Dengan iringan muzik sentimental seperti secret garden dan sebagainya ). (masa 10-15 minit).
4. Ucapan terima kasih kepada murid yang sudi berkongsi dan Volunteer. Kerana diri Mereka seorang yang hebat dan berani.


Saya berhenti disini, semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat pada semua kawan-kawan seperjuangan."Hidup ini menjadi bagitu indah , bila kita belajar menghargai dan dihargai".
Jika ada kemusykilan dan masalah, boleh usulkan pertanyaan dalam ruangan komen di bawah.semoga saya dapat membantu.tq.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...