Apa perasaan kawan-kawan bila hati kita sakit dan terluka dipermainkan dan diperbodohkan oleh orang yang dekat dengan kita? Kalau saya, saya telah fikir macamana nak balas kesakitan itu....sekadar kongsi jea..
Disini ada beberapa cara untuk balas, bila hati kita dah terluka....kita pun rasa nak marah , geram, benci....semuanya itu menjadi satu permusuhan...Ia adalah tidak baik untuk hati kita.
Maybe, tips-tips yang saya buat ni berdasarkan pengalaman saya:
1.Kita balas dengan cara positif..........dunia ni macam roda, orang yang menyakiti kita juga akan dibalas dengan Allah swt.Mungkin caranya berbeza apa yang dialami oleh kita yang terluka ni. Doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan Allah swt. Cuma masa yang akan menentukan segalanya.
2. Buat dunno dan slumber jea..........jangan layan rasa sakit tue............semua buang masa. Sebaliknya, kita jadi kan itu satu pengalaman untuk berjaga-jaga dengan orang yang mcm nie....(org yg suka menyakiti hati orang).
3.Jangan berkawan dgn orang yang suka menyakiti hati orang....elakkan diri dari mereka.jika mereka add dalam facebook, yahoo, ker n mcm 2 lg.........buang n block mereka. Jika mereka call, jangan jawab...buang no phone mereka....anggap mereka xpernah muncul dalam hidup kita. Semua tue, buang masa jika terus berhubungan dengan mereka.
4. orang yang hati busuk nie...........hati mereka xkan tenang. So, kembangkan diri anda jadikan diri anda seorang yang lebih berjaya.Tonjolkan kemampuan anda dan berfikir jauh ke hadapan.Bila anda berjaya kelak, mereka yang berhati busuk tue akan cemburui anda.
5. Lakukan perubahan dalam diri anda..............biar mereka tahu diri anda begitu berharga. Dan tidak boleh diperbodohkan sesuka hati. Lakukan perubahan itu mengikut kemampuan diri anda.lakukan perubahan itu secara senyap dan perlahan-lahan demi menjana kecemerlangan diri.
6. Tiada yang lebih indah di dalam dunia ini.......hanya dengan mengadap dan beribadat kepada Allah swt dan sentiasa melakukan solat sunat demi ketenangan diri."Sesungguhnya ketenangan itu lahir dari jiwa nan suci".Supaya kita terhindar dari kejahatan manusia yang berhati busuk.
7.Balas balik kejahatan mereka dengan cara yang positif........mengikut cara masing2. saya juga ada cara tersendiri untuk membalas mereka ni.semua itu akan menyedarkan mereka bahawa kita tidak boleh disakiti dan terluka.
8. Jika nak lepaskan kemarahan............lakukan boxing kepada benda yang kita gantung dan main games yang ganas..........dan anggap mereka adalah musuh kita dalam games tersebut...........bayangkan sahaja...hehehe.Dan kalau xtahan jerit sekuat hati kat tempat yang tinggi ataupun di tepi pantai....biar kita rasa lebih lega dan puas.
Rasanya itu.........sahaja. maybe kawan-kawan ada pengalaman dan tips yang lebih berkesan untuk dikongsi...sekadar suka-suka, manalah tahu boleh membantu."Jaga Diri Hiasi Peribadi".