Kalau
Masih Ada Waktu…
Kalau
masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana bila sudah tiada waktu
rasa kesal itu tidak berguna.
Kalau
masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin kerana bila
sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu pergi berlalu dengan sia-sia.
Kalau
masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana bila sudah tidak ada waktu
engkau tidak akan sempat menikmatinya.
Kalau
masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta insan-insan tersayang di
sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan kekal berhutang dengan
mereka.
Kalau
masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup ini kerana bila waktu itu
sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak pernah belajar apa-apa
dalam hidup ini.
Kalau
masih ada waktu, hargailah setiap peluang yang datang kerana biasanya peluang
terbaik hanya datang sekali.
Mengenali
seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa, mengenali seseorg itu juga
kadangkala membuat kita mengalirkan airmata… sesunguhnya, mengenali seseorang
itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..
tapi, sedarilah kita… mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah…
biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara… bersyukurlah
dengan kehadirannya. . .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu
erti PERSAHABATAN. …
KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang
yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara
ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi...
Cinta bukan melemahkan hati,
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan."
~H A M K A~
bukan membawa putus asa,
bukan menimbulkan tangis sedu sedan.
Tetapi cinta menghidupkan penghargaan,
menguatkan hati dalam perjuangan,
menempuh onak dan duri penghidupan."
~H A M K A~
"Siapapun yang berhenti belajar,
bererti dirinya sudah tua
tidak peduli apakah dia
berusia 20 atau 80 tahun
Siapa pun yang terus-menerus belajar
bererti dia tetap awet muda
Sesungguhnya hal terbesar dalam hidup
ialah menjaga fikiran selalu muda
-Henry Ford-
No comments:
Post a Comment