Thursday, October 20, 2011

HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU FIA...I LOVE U,BABY





  



 







PESANAN SEORANG IBU KEPADA ANAKNYA
Fia..... 
kelahiranmu suatu rahmat yang teragung dari llahi
Tanda cinta dan sayang dari mama n papa
Kau mengajar mama erti kesabaran
ketenangan, keibuan sejati.....
kasih sayang mama hingga kini sentiasa dekat dihati fia, 
20.10.2010
Dirimu lahir ke dunia
dengan iringan tangis seorang bayi 
untukmu mengenal dunia baru
anakku Fia... 
dengarlah pesan mama, 
Dunia itu terlalu indah untuk dinikmati 
tetapi perjalanannya masih jauh
untuk dirimu mengenal erti kehidupan sebenar-benarnya. 
Apapun cubaan dan dugaan 
PERCAYALAH,
mama akan sentiasa memberimu semangat dan kasih sayang
kerana itulah hadiah yang paling bermakna dan 
perjuangan untuk dirimu menghadapi kehidupan ini kelak
KINI, 
20.10.2011 
Genaplah setahun usiamu 
kini dirimu sudah pandai senyum dan bergaya 
ayat-ayat AL-QURAN menjadi alunan tidurmu
moga dirimu menjadi anak solehah buat mama dan papa.... 
AMIN.
SELAMAT ULANGTAHUN KE-1 TAHUN, ANAKKU FIA I LOVE U, BABY FIA 
"Hal-hal terbaik yang dapat anda berikan kepada anak-anak selain tingkah laku yang baik adalah kenangan yang indah.”

2 comments:

MalizaMah said...

ohhh... birthday anak... hihi...
singgah2 usha entry n iklan.
moga dpt bntu tmbh tabung blog.
salam singgah...

Unknown said...

tq....atas sokongan awk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...