Wednesday, September 26, 2012

Segalanya tentang Insan Bernama Remaja

Remaja
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".



Contoh kertas Kerja Pendidikan Awal Remaja-Lelaki
Pendahuluan

Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Kanak-kanak lelaki akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain daripada perubahan fizikal dan emosi, perubahan yang lebih penting yang akan dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala berhubung segala perbuatan mereka.
Malangnya, seringkali anak-anak ini tidak disediakan dari awal untuk menghadapi perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting seperti pengetahuan seks amat jarang dibincangkan. Kebanyakan ibu bapa berasa agak malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka.
Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk muslimin yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai khalifah di muka bumi.
Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan  kefahaman tentang proses baligh kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Program ini terbuka untuk anak-anak lelaki berumur 13 hingga 15 tahun. Kehadiran ibu bapa sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu bapa dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu bapa dan anak.

OBJEKTIF
  1. Memberi maklumat kepada anak-anak lelaki mengenai isu-isu penting berhubung proses baligh dan pendidikan seks dari perspektif sains dan agama.
  2. Menyedarkan anak-anak lelaki tentang tanggungjawab agama setelah baligh.
  3. Memberi kesedaran kepada anak-anak lelaki tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam.
  4. Membuka jalan kepada para ibu bapa untuk berbincang isu-isu berhubung pendidikan seks secara terbuka dan ikhlas dengan anak-anak lelaki mereka pada masa akan datang.


 SASARAN
Murid-murid lelaki tahun 6 Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.

 BILANGAN PESERTA
Semua murid Tahun 6 lelaki

TARIKH
20 September 2012(Hari Khamis)
Masa: 8.30pagi -9.30 pagi

 TEMPAT
Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Puchong Indah

PENCERAMAH
Ustaz Khusaini  Bin Md Yusoff

AJK PELAKSANA  PROGRAM CERAMAH PERSEDIAAN AWAL REMAJA LELAKI

Penasihat                : Pn. Hadijah Kassim

Pengerusi                : En.Hassan Bin Taslim (PK1)

Naib Pengerusi       : Pn Maimunah Bt Mohd Yusof (PKHEM)

                           Pn. Wan Maimunah Bt Wan Ismail (PK KOK)

                          Pn. Nurlaila bt. Jamaluddin (PK PETANG)

Penyelaras              : Pn.Maheran Bt Musa

Setiausaha             : Pn. Zubaidah Bt Yaacob

AJK   Dewan/Disiplin
Semua guru lelaki Tahun 6

 TENTATIF PROGRAM

Masa                                            Perkara

7.40pg - 8.00pg                            Menyusun pelajar di dewan

8.00pg -9.30pg                             Ceramah oleh Ustaz Khusaini Bin Mohd Yusoff

9.30pg                                          Jamuan ringan untuk penceramah/ murid masuk ke kelas.
                                                                                                           
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL
PERKARA

JUMLAH
1
Cenderamata
RM50.00
RM 50.00






JUMLAH
RM 50.00

12. PENUTUP
Di harap program ini akan dapat membantu pelajar lelaki dalam mengurus diri terutama semasa proses  kematangan. Mereka juga boleh bersedia dari segi fizikal dan emosi agar lebih matang dalam penjagaan diri. Ini kerana, ada sesetengah pelajar yang tidak tahu apa yang berlaku pada perubahan badan mereka.
“ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA LENGKAPKAN DIRI ANDA UNTUK MENJADI PELAPIS GENERASI AKAN DATANG”
USIA REMAJA PENUH CABARAN
SETIAP DETIK PERLU KEPUTUSAN
SESETENGAH KEPUTUSAN PERLU DI BINCANG
TANPA PENGAWASAN KEPUTUSAN PINCANG


ok, lepas ni..........cikgu akan kepilkan lampiran berkenaan mengenai fizikal perkembangan seorang remaja.ok....see u again.

Kata-kata Inspirasi Untuk Anak

  • Terkadang, kita terlalu sibuk memberikan anak-anak kita apa yang tidak kita miliki waktu kecil dulu, kita lupa untuk memberikan apa yang kita miliki
  • Hiduplah sehingga bila anak anda berpikir tentang keadilan dan integritas, mereka berpikir tentang anda
  • Of all the right of women, the greatest is to be a mother
  • Puji anak anda secara terbuka, kritik mereka secara diam-diam
  • Dorong perilaku positif dengan cara memberikan ‘ganjaran’ langsung setelah perilaku tersebut muncul. Berikan ganjaran sering dan dalam jumlah yang sedikit. Ganjaran yang paling efektif adalah waktu dan perhatian positif dari anda. Puji, senyum dan katakan kenapa anda senang dengan perilaku tersebut. Untuk setiap perilaku baik, anda boleh memberi hadiah seperti permen atau jalan-jalan ke taman. Untuk menjadikannya sebuah insentif, sebuah ganjaran harus ada usaha untuk mendapatkannya, bukan hanya sekedar di beri
  • Bila seseorang atau sesuatu membuat anda tidak nyaman, ikuti kata hati. Ajarkan anak anda untuk mempercayai nurani mereka juga dengan cara mendengarkan kata hati dan menghargai perasaannya.
  • Habiskan lebih banyak waktu untuk melakukan hal-hal yang di senangi oleh anak anda. Matikan TV dan lakukan kegiatan yang melibatkan semua anggota keluarga.
  • Anak perlu merasakan kasih sayang anda lewat sentuhan fisik yang positif, seperti pegangan tangan, rangkulan atau pelukan sederhana.
  • Katakan “aku cinta kamu? dan “kamu itu penting dan istimewa bagiku? ke anak-anak. Puji bakat. Jangan gunakan kesinisan atau candaan untuk mengutarakan kekurangan. Jadi positif dan mendorong. Beri hadiah untuk perilaku baik. Jangan pernah mengabaikan perilaku baik. Strategi parenting yang positif ini adalah cara yang paling efektif untuk membuat anak anda berperilaku baik.
  • Berikan anak anda tempat untuk menyendiri dan merasa miliknya. Hormati privasi mereka, khususnya privasi fisik.
  • Izinkan anak anda untuk mengatakan ‘tidak’ kepada siapa saja yang menyuruh mereka untuk melakukan sesuatu yang mereka tau atau rasa itu salah. Ajarkan mereka untuk berkata tidak secara kerasa dan tegas, lalu beritahu orang dewasa lain.
  • Ajarkan anak anda untuk menghormati hak, tubuh dan barang orang lain
(Sumber : web yayasan kita dan buah hati)
On Children
Kahlil Gibran
Your children are not your children.
They are the sons and daughters of Life’s longing for itself.
They come through you but not from you,
And though they are with you yet they belong not to you.
You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts.
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow,
which you cannot visit, not even in your dreams.
You may strive to be like them,
but seek not to make them like you.
For life goes not backward nor tarries with yesterday.
You are the bows from which your children
as living arrows are sent forth.
The archer sees the mark upon the path of the infinite,
and He bends you with His might
that His arrows may go swift and far.
Let our bending in the archer’s hand be for gladness;
For even as He loves the arrow that flies,
so He loves also the bow that is stable.


Aku adalah anugrah Allah
Ditakdirkan untuk memenuhi perintahNYA
Sebagai utusanNYA dibumi

Aku ingin jadi professor, ilmuwan, pengusaha, ustadzah, pemimpin atau sang ibu.
Aku lahir dengan kekuatan dan potensi yang tinggi

Jika Ayah bonda sulit membentukku jangan sesali kekuranganku
Aku hanya butuh restumu, perhatiannmu, waktumu kasihsayangmu dan kesempatan ini.
Sehingga kekuatan yang ada dalam diriku ini akan tumbuh dan berkembang.


Jangan pernah membandingkan prestasi anak dengan prestasi anak orang lain…
Hari-hari mereka selalu penuh prestasi yang kadang terlupakan oleh kita, semalam minta hantar  sampai  pintu  depan sekolah, hari ini turun kereta sendiri, Semalam baca buku 1 muka surat, hari ini baca 2 muka surat.
Definisi pencapaian ‘prestasi’ tiap anak berbeza…
Jika hari ini lebih baik dari hari semalam, itulah prestasi.
Prestasi tidak sama dengan nilai.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...