Wednesday, September 26, 2012

Segalanya tentang Insan Bernama Remaja

Remaja
Remaja pada umumnya merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12-21 tahun atau 13 hingga 25tahun. Perkataan 'remaja' berasal daripada perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi dewasa. Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa.
Semasa seseorang itu mengalami zaman remaja dia akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik, termasuklah perubahan jasmani, sosial, emosi, dan bahasa. Akibat daripada itu, orang remaja merupakan orang yang emosinya tidak stabil, dan sentiasa "bermasalah".



Contoh kertas Kerja Pendidikan Awal Remaja-Lelaki
Pendahuluan

Peringkat baligh merupakan fasa yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Kanak-kanak lelaki akan menghadapi perubahan yang besar apabila mereka mencapai peringkat baligh dan seterusnya memasuki alam dewasa. Walaupun ini berlaku secara semulajadi, pengetahuan tentang perubahan ini dan isu-isu yang berkaitan dengannya adalah sesuatu yang harus dipelajari dan difahami. Selain daripada perubahan fizikal dan emosi, perubahan yang lebih penting yang akan dihadapi oleh semua anak-anak ialah tanggungjawab selepas baligh kerana anak-anak ini sekarang adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala dosa dan pahala berhubung segala perbuatan mereka.
Malangnya, seringkali anak-anak ini tidak disediakan dari awal untuk menghadapi perubahan besar ini. Selain itu, isu-isu penting seperti pengetahuan seks amat jarang dibincangkan. Kebanyakan ibu bapa berasa agak malu untuk berbincang dengan anak-anak mereka tentang isu seperti ini. Akibatnya, anak-anak ini menggunakan sumber-sumber lain seperti kawan-kawan mereka dan media massa untuk memenuhi rasa ingin tahu mereka.
Apabila membicarakan tentang pendidikan seks, ramai yang melihatnya dari sudut fizikal atau lahiriah semata-mata. Dalam Islam, aspek seksual sentiasa dibincangkan seiring dengan tanggungjawab agama dan amalan Islam sebagai satu cara hidup. Inilah yang perlu ditekankan kepada anak-anak dari awal untuk membentuk muslimin yang bertaqwa. Anak-anak perlu dipupuk kecintaan kepada Allah swt sedalam-dalamnya dan kecintaan untuk melaksanakan tanggung jawab mereka sebagai khalifah di muka bumi.
Dengan ini timbullah keperluan untuk mengadakan  kefahaman tentang proses baligh kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan. Isu-isu yang bersangkutan khususnya pendidikan seks akan dibincangkan secara lebih menyeluruh dan merangkumi aspek fizikal dan spiritual. Program ini terbuka untuk anak-anak lelaki berumur 13 hingga 15 tahun. Kehadiran ibu bapa sebagai pemerhati juga digalakkan bagi memupuk suatu hubungan yang sangat istimewa antara ibu bapa dan anak kerana perkongsian ilmu yang begitu suci tetapi sukar dibincangkan ini merupakan titik permulaan untuk memulakan perbincangan terbuka dan menjalinkan hubungan yang mesra antara ibu bapa dan anak.

OBJEKTIF
  1. Memberi maklumat kepada anak-anak lelaki mengenai isu-isu penting berhubung proses baligh dan pendidikan seks dari perspektif sains dan agama.
  2. Menyedarkan anak-anak lelaki tentang tanggungjawab agama setelah baligh.
  3. Memberi kesedaran kepada anak-anak lelaki tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan berlandaskan syariat Islam.
  4. Membuka jalan kepada para ibu bapa untuk berbincang isu-isu berhubung pendidikan seks secara terbuka dan ikhlas dengan anak-anak lelaki mereka pada masa akan datang.


 SASARAN
Murid-murid lelaki tahun 6 Sekolah Kebangsaan Puchong Indah.

 BILANGAN PESERTA
Semua murid Tahun 6 lelaki

TARIKH
20 September 2012(Hari Khamis)
Masa: 8.30pagi -9.30 pagi

 TEMPAT
Dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Puchong Indah

PENCERAMAH
Ustaz Khusaini  Bin Md Yusoff

AJK PELAKSANA  PROGRAM CERAMAH PERSEDIAAN AWAL REMAJA LELAKI

Penasihat                : Pn. Hadijah Kassim

Pengerusi                : En.Hassan Bin Taslim (PK1)

Naib Pengerusi       : Pn Maimunah Bt Mohd Yusof (PKHEM)

                           Pn. Wan Maimunah Bt Wan Ismail (PK KOK)

                          Pn. Nurlaila bt. Jamaluddin (PK PETANG)

Penyelaras              : Pn.Maheran Bt Musa

Setiausaha             : Pn. Zubaidah Bt Yaacob

AJK   Dewan/Disiplin
Semua guru lelaki Tahun 6

 TENTATIF PROGRAM

Masa                                            Perkara

7.40pg - 8.00pg                            Menyusun pelajar di dewan

8.00pg -9.30pg                             Ceramah oleh Ustaz Khusaini Bin Mohd Yusoff

9.30pg                                          Jamuan ringan untuk penceramah/ murid masuk ke kelas.
                                                                                                           
ANGGARAN BELANJAWAN

BIL
PERKARA

JUMLAH
1
Cenderamata
RM50.00
RM 50.00






JUMLAH
RM 50.00

12. PENUTUP
Di harap program ini akan dapat membantu pelajar lelaki dalam mengurus diri terutama semasa proses  kematangan. Mereka juga boleh bersedia dari segi fizikal dan emosi agar lebih matang dalam penjagaan diri. Ini kerana, ada sesetengah pelajar yang tidak tahu apa yang berlaku pada perubahan badan mereka.
“ANDA ADALAH HARAPAN NEGARA LENGKAPKAN DIRI ANDA UNTUK MENJADI PELAPIS GENERASI AKAN DATANG”
USIA REMAJA PENUH CABARAN
SETIAP DETIK PERLU KEPUTUSAN
SESETENGAH KEPUTUSAN PERLU DI BINCANG
TANPA PENGAWASAN KEPUTUSAN PINCANG


ok, lepas ni..........cikgu akan kepilkan lampiran berkenaan mengenai fizikal perkembangan seorang remaja.ok....see u again.

1 comment:

puteraduyong said...

tumpang baca program ye cekgu... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...