Tuesday, October 2, 2012

MINGGU KERJAYA SEKOLAH RENDAH

Salam perjuangan buat semua....
Pada minggu ini saya telah mengadakan Minggu Kerjaya 2012 peringkat sekolah. Disini saya sertakan aktiviti yang amat sesuai dilaksanakan sempena Minggu kerjaya.


PERTANDINGAN MINGGU KERJAYA 2012  PERINGKAT SEKOLAH
2.10 Hingga 4.10.2012 (HARI SELASA HINGGA KHAMIS)

1. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER
  •  SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MELUKIS POSTER;
  1. Terbuka kepada murid tahap 2 iaitu tahun 4,5 dan 6.
  2. Poster Kerjaya hendaklah dilukis berteraskan tema ”Sains Dan Teknologi Peneraju Wawasan Negara”
  3. Media – Kertas Lukisan
  4. Kategori Sekolah Rendah ( Tahun 4 – Tahun 6 ) – saiz separa imperial ( A3 ) – 41 cm X 29.7 cm ( 140 gsm )
  5. Kertas disediakan sendiri oleh peserta dan hendaklah dicop oleh pihak penganjur iaitu UNIT  BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKPI
  6. Semua jenis warna  dibenarkan  KECUALI  warna  minyak ( oil paint ).Semua peralatan disediakan oleh peserta. Semua ruang kertas mestilah diwarnakan.
  7. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
  8. Lukisan poster hendaklah ASLI DAN HASIL CIPTAAN SENDIRI. Hasil poster hendaklah hasil kerja yang tidak pernah disiarkan/dihasilkan dalam mana-mana pertandingan sebelum ini.
  9. Tarikh hantar adalah 4hb. Oktober 2012 (Hari  Khamis sebelum jam 1.30pm).

2. PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN
  1. Tajuk karangan ialah ”Kerjaya impian saya”
  2. Panjang karangan tersebut ialah tidak lebih 100 patah perkataan.
  3. Karangan tersebut mestilah tulisan tangan.
  4. Karangan mestilah asli dan menggunakan olahan idea sendiri. 
  5. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 4hb Oktober 2011(Hari Khamis). Sebelum jam 1.30pm.
  6. Terbuka kepada Tahun 4,5 dan 6.

3. PERTANDINGAN MEWARNA POSTER
  1. Kertas mewarna disediakan oleh pihak penganjur.
  2. Semua jenis warna  dibenarkan  KECUALI  warna  minyak dan warna air( oil paint ).
  3. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 4hb Oktober 2012(Hari Rabu ) PADA JAM  3 PETANG. 
  4. Penyertaan hanya terhad pada 100 orang sahaja. Siapa cepat, dapat masuk pertandingan.
  5. Hasil mewarna mestilah asli dan olahan idea sendiri. 
  6. Terbuka kepada murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3).

4. PERTANDINGAN KUIZ KERJAYA
  1. Terbuka kepada murid tahap 1 iaitu Tahun 2 dan 3
  2. Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 4hb Oktober 2021(Hari Rabu  ) PADA JAM  3 PETANG
  3. Penyertaan hanya terhad pada 100 orang sahaja. Siapa cepat, dapat masuk pertandingan.


5. PERTANDINGAN FOLIO KERJAYA
  1. Terbuka kepada murid tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)
  2. Penyertaan ini dalam bentuk kumpulan. 1 kumpulan terdiri dari  5 hingga 10 orang. Setiap kumpulan mesti mempunyai ketua dan ahli kumpulan.
  3. Ahli kumpulan mesti menyediakan biodata mereka beserta cita-cita mereka.
  4. Tarikh hantar adalah 30hb. Oktober 2012 (Hari  Selasa sebelum jam 1.30pm).
  5. Folio kerjaya mestilah dibuat dalam buku skrap dan mesti mempunyai gambar yang menarik berkenaan dengan kerjaya tersebut.



   
 
 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...