Bila saya terbaca artikel motivasi ini "MOTIVASI MENJADI WANITA PALING BAHAGIA", ianya memberi kesan mendalam dalam hidup saya. Perkara yang paling sukar untuk saya kawal ialah Kemarahan dan Emosi. Yelah, dah namanya bintang leo.........memang susahla. Namun begitu, saya belajar dari semasa untuk mengawal emosi saya jika mengalami tekanan dan apa jua perkara yang saya tidak sukai.
Ada seorang lelaki yang benar-benar dapat menikmati hidupnya berkata" Sebenarnya , hari yang paling indah ialah :
- Hari ketika kita mampu menguasai dan mengawal dunia, bukan sebaliknya.
- Kita sanggup mengawal nafsu dan selera kita.
- Kita tidak tunduk hingga menjadi rendah dan hina serta tidak berdaya.
- Ketika aku dapat menguasai diriku dan keluar dari keraguan sama ada boleh atau tidak (KEYAKINAN)
- Ketika aku ragu antara amalan yang mendapat pujian dan amalan yang tidak mendapat pujian, dan aku memilih amalan yang aku buat tidak diketahui oleh orang.(IKHLAS)
- Ketika aku mempunyai banyak wang, sedangkan hatiku dalam kegelisahan, aku memilih untuk tidak punya apa-apa daripada hati yang resah berterusan (KESEDERHANAAN)
- Ketika aku menerima sesuatu yang sedikit tanpa menyedari apa yang telah aku lakukan. Dan jika aku terima banyak, puji dan syukur kepada Allah. (BERSYUKUR)
No comments:
Post a Comment